MS/Prabhupada 0095 - Matlamat Kita adalah untuk Menyerahkan Diri



Lecture on BG 4.7 -- Bombay, March 27, 1974

Kita sedang menyerahkan diri, tetapi kita tidak menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa. Ini adalah penyakit. Ini adalah penyakit. Namun Pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa bererti kita akan menyembuhkan penyakit ini. Menyembuhkan penyakit ini. Sri Kṛṣṇa pun akan datang. Beliau bersabda, yadā yadā hi dharmasya (BG 4.7). Dharmasya glāniḥ, apabila pegangan agama semakin berkurangan, dan apabila wujudnya kekurangan tersebut, Sri Kṛṣṇa bersabda , tadātmānaṁ sṛjāmy aham. Dan abhyutthānam adharmasya. Dua perkara akan wujud di sana. Apabila seseorang individu tidak menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa, maka muncullah ramai "Kṛṣṇa", dan ramai pengkhianat, untuk serahkan diri ke pihak sana. Itu adalah adharmasya. Dharma bererti menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa , sepatutnya harus menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa, tetapi mereka menyerahkan diri kepada kucing, anjing, ini, itu, dan sebagainya. Itu adalah adharma.

Sri Kṛṣṇa tidak datang untuk mewujudkan agama yang kononnya dikenali sebagai agama Hindu atau agama Muslim atau agama Kristian. Tidak. Sri Kṛṣṇa datang untuk mewujudkan agama yang sebenarnya. Agama yang sebenarnya bererti, kita harus mengemukakan dan menyerahkan diri kepada individu yang sebenarnya. Itu adalah agama yang sebenarnya. Kita akan menyerahkan diri. Setiap individu memiliki sesuatu pendapat. Dia telah menyerahkan diri di sana. Sama ada dalam bidang politik, sosial, ekonomi, agama ataupun sebagainya. Setiap individu memiliki sesuatu pendapat. Pemimpin yang berwibawa juga terdapat di sana. Maka matlamat kita ialah untuk menyerahkan diri. Itu adalah fakta. Tetapi kita tidak tahu, dimanakah kita harus menyerahkan diri. Itu adalah kesengsaraaannya. Apabila berlaku kesilapan ataupun kecuaian, maka seluruh dunia dalam keadaan huru-hara.

Kita akan mengubah penyerahan diri ini kepada penyerahan diri itu. Tiada lagi Parti Kongres. Tetapi kini, Parti Komunis. Sekali lagi, “ Tiada lagi Parti Komunis. Ini…Parti ini, parti itu." Apakah gunanya jika menukar parti? Apabila adanya parti ini atau parti itu, maka mereka tidak akan menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa. Sehingga awak membuat keputusan untuk menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa , maka sehingga itu tiada keamanan. Itu adalah matlamatnya Hanya dengan menukar dari kuali goreng ke api tidak akan menyelamatkan kamu. Oleh itu, arahan Sri Krsna yang terakhir ialah:

sarva-dharmān parityajya
mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja
ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo
mokṣayiṣyāmi...
(BG 18.66)

Maka kekurangan dalam pegangan agama bererti... Ini juga terdapat di dalam Śrīmad-Bhāgavatam. Sa vai puṁsāṁ paro dharmaḥ. Kelas pertama atau dharma yang terunggul. Parah bererti terunggul, kuasa tertinggi.. Sa vai puṁsāṁ paro dharmo yato bhaktir adhokṣaje (SB 1.2.6). Apabila kita menyerahkan diri kepada Adhoksaja… Adhoksaja bererti kuasa tertinggi, atau Sri Kṛṣṇa. Nama lain untuk Sri Kṛṣṇa ialah Adhoksaja. Ahaituky apratihatā. Ahaitukī bererti tanpa apa-apa sebab. Tanpa apa-apa sebab. Bukan kerana “ Sri Kṛṣṇa ialah sebegini dan sebegini, maka saya menyerahkan diri.” Tidak. Tanpa apa-apa sebab. Ahaituky apratihatā. Maka, ini tidak boleh diperiksa. Tiada sesiapa pun boleh memeriksa. Jika awak ingin menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa, maka tidak akan diperiksa, tiada apa-apa halangan. Awak boleh melakukannya dalam apa-apa situasi. Awak boleh melakukannya. Ahaituky apratihatā yayātmā suprasīdati. Maka awak akan, ātmā, ātmā awak, roh awak, minda awak, badan awak, akan rasa puas. Ini ialah prosesnya.