MS/Prabhupada 0130 - Krishna Muncul Dalam Begitu Banyak Penjelmaan



Lecture on BG 4.5 -- Bombay, March 25, 1974

Kṛṣṇa muncul dalam pelbagai penjelmaan. Hanya cuba memahami apakah posisi Kṛṣṇa. Beliau berada di hati semua orang sebagai Paramātmā. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe 'rjuna tiṣṭhati (BG 18.61). Dan Beliau memberikan perintah secara terus kepada semua orang. Dan tidak ada batasan, para makhluk hidup yang tidak terkira. Oleh itu Beliau harus memberikan perintah dalam pelbagai cara kepada banyak makhluk hidup. Beliau adalah sangat sibuk, cuba bayangkan. Namun, posisi Beliau adalah sama. Goloka eva nivasaty akhilātma-bhūtaḥ (Bs. 5.37). Goloka eva nivasati. Kṛṣṇa masih berada di tempat Beliau yang asli, Goloka Vṛndāvana, dan Beliau sedang menikmati bersama dengan Śrīmatī Rādhārāṇī. Urusannya adalah bukan.. Ia adalah bukan falsafah Māyāvādī. Kerana Beliau telah memperluaskan diri Beliau di kesemua hati para makhluk hidup, itu tidak bererti yang Beliau tidak berada di kediaman-Nya. Tidak. Beliau masih berada di sana. Itu adalah Kṛṣṇa. Pūrṇasya pūrṇam ādāya pūrṇam evāvaśiṣyate (Īśo Invocation). Ini adalah informasi dari Veda.

Namun di.. Di sini kita mempunyai banyak pengalaman material. Jika anda mempunyai satu rupee, jika anda mengambil satu anna, maka ia adalah lima belas anna. Atau jika anda mengambil dua anna, ia adalah empat belas anna. Jika anda mengambil enam belas anna, ia akan menjadi sifar. Namun Kṛṣṇa bukan seperti itu. Beliau boleh memperluaskan diri Beliau dalam kewujudan yang jumlahnya tidak terbatas; tetapi Kṛṣṇa yang asli masih tetap ada di sana. Itulah Kṛṣṇa. Kita mempunyai banyak pengalaman : satu tolak satu ialah sifar. Namun di dunia kerohanian... Itu disebut sebagai Mutlak. One tolak, berjuta kali satu, namun, satu yang asli itu masih satu. Itu adalah Kṛṣṇa. Advaitam acyutam anādim ananta-rūpam (Bs. 5.33). Oleh itu, Kṛṣṇa tersebut, anda tidak boleh memahami vedeṣu, dengan hanya membaca kesusteraan Veda.

Walaupun Veda bererti, Vedānta bererti, untuk memahami Kṛṣṇa. Vedaiś ca sarvair aham eva vedyaḥ (BG 15.15). Namun malangnya, kerana kita tidak menerima perlindungan dari Kṛṣṇa atau dari para penganutNya, maka kita tidak boleh memahami apa sebenarnya tujuan Veda itu. Itu adakan dijelaskan di Bab yang Ketujuh. Mayy āsakta-manāḥ pārtha.... Mayy āsakta-manāḥ pārtha yogaṁ yuñjan mad-āśrayaḥ. Mad-āśrayaḥ. Asaṁśayaṁ samagraṁ māṁ yathā jñāsyasi tac chṛṇu (BG 7.1). Jika anda ingin memahami Kṛṣṇa asaṁśayam, tanpa sebarang keraguan, dan samagram, dan dalam penuh, anda telah praktikkan sistem yoga ini.

Apakah itu yoga? Man-manā bhava mad-bhakto mad-yājī māṁ namaskuru (BG 18.65). Mad-āśrayaḥ yogaṁ yuñj... Yogaṁ yuñjan, mad-āśrayaḥ. Mad-āśrayaḥ, perkataan ini adalah sangat penting. Mat bererti "samaada anda menerima secara langsung..." Itu bukannya benda yang senang. - ."...berlindung kepadaKu, atau seseorang yang telah berlindung kepadaKu, maka kamu berlindunglah kepadanya." Sama seperti rumah janakuasa elektrik, dan terdapat satu plug. Plug tersebut disambungkan dengan rumah janakuasa elektrik tersebut, dan jika anda meletakkan wayar di plug tersebut, anda juga akan mendapat bekalan elektrik. Dengan cara yang serupa, seperti yang dinyatakan pada permulaan bab ini, evaṁ paramparā-prāptam imaṁ rājarṣayo viduḥ (BG 4.2). Jika anda berlindung di bawah sistem paramparā ... Itu adalah contoh yang sama. Jika anda menggunakan plug yang bersambung pada rumah janakuasa elektrik, maka anda akan mendapat bekalan elektrik dengan serta-merta. Dengan cara yang serupa, jika anda berlindung di bawah seseorang yang datang daripada sistem paramparā ...

Terdapat sistem paramparā. Kṛṣṇa. Beliau telah memberikan perintah pada dewa Brahmā. Dewa Brahmā telah memberikan perintah pada Nārada. Nārada telah memberikan perintah pada Vyāsadeva. Vyāsadeva telah memberikan perintah pada Madhvācārya. Madhvācārya memberikan perintah dalam pelbagai cara. Kemudian Mādhavendra Purī. Kemudian Mādhavendra Purī, Īśvara Purī. Dari Īśvara Purī, ke Tuhan Caitanya. Dalam cara sebegini, terdapat sistem paramparā. Terdapat empat jenis Vaiṣṇava sampradāya. Rudra-sampradāya, Brahma-sampradāya, Kumāra-sampradāya, dan Lakṣmī-sampradāya, Śrī-sampradāya. Maka, sampradāya-vihīnā ye mantrās te niṣphalā matāḥ. Jika anda tidak menerima sebagai perintah dari Kṛṣṇa daripada sampradāya, maka ia adalah iṣphalā matāḥ, apa-apa yang telah anda pelajari, adalah tidak berguna. Ia tidak berguna. Itu adalah kekurangan. Ramai orang sedang belajar Bhagavad-gītā, tetapi mereka tidak memahami apa itu Kṛṣṇa. Ini kerana mereka tidak menerima melalui evaṁ paramparā-prāptam (BG 4.2). Paramparā, selagi anda tidak ke paramparā ... Contoh yang sama. Jika anda tidak menerima bekalan elektrik dari plug yang bersambung dengan rumah janakuasa elektrik, apa gunanya anda mentol dan wayar? Ia tidak berguna.

Oleh itu cara Kṛṣṇa memperluaskan diri-Nya, ia adalah vedeṣu durlabha. Jika anda hanya mempunyai pendidikan akademik, maka ia adalah mustahil. Vedeṣu durlabham adurlabham ātma-bhaktau (Bs. 5.33). Ini adalah kenyataaan di Brahma-saṁhitā.