MS/Prabhupada 0152 - Seorang Pendosa Tidak Boleh Menerima Kesedaran Krishna



Lecture on BG 1.31 -- London, July 24, 1973

Sesiapapun, kesemua orang ingin menjadi gembira dengan Gṛha-kṣetra-sutāpta-vittaiḥ (SB 5.5.8), berumahtangga, dan ada harta tanah. Dahulu kala tidak terdapat industri. Maka industri tidak bermakna. Tanah. Jika anda anda tanah tersendiri, anda boleh menghasilkan makanan. Namun itu adalah hidup kita. Di sini di kampung ini kita berjumpa dengan banyak tanah yang lapang, namun makanan tidak dihasilkan. Mereka menghasilkan makanan daripada lembu, kesian lembu-lembu tersebut, membunuh dan makan dagingnya. Ini tidak baik. Gṛha-kṣetra. Anda menjadi gṛhastha, tetapi anda harus menghasilkan daripada tanah anda, Gṛha-kṣetra. Dan apabila anda menghasilkan makanan anda, Gṛha-kṣetra-suta-āpta-vitta. Di India, di kawasan perkampungan, masih terdapat, masih terdapat sistem, di antara orang-orang miskin, para petani, jika seorang petani tidak dapat membela seekor lembu, ia tidak akan berkahwin. Jaru and garu. Jaru bererti isteri, dan garu bererti lembu. Maka seseorang itu boleh ada isteri jika dia boleh membela seekor lembu juga. Jaru dan garu. Kerana jika anda ingin beristeri, anda akan ada anak-anak. Namun jika anda tidak dapat memberikan anak-anak anda susu lembu, anak-anak tersebut akan menjadi lemah, tidak sihat. Mereka harus minum susu lembu yang mencukupi. Oleh itu lembu dianggap sebagai ibu kita. Kerana seorang ibu melahirkan anak, seorang ibu lagi memberikan kita susu.

Maka kesemua orang harus bertanggungjawab terhadap lembu, kerana ia memberikan kita susu. Maka mengikut śāstra, terdapat tujuh orang ibu. Ādau mātā, ibu kita yang sebenar, di mana kita dilahirkan daripada badan beliau. Ādau mātā, beliau adalah ibu. Guru-patnī, isteri kepada guru. Beliau adalah ibu juga. Ādau mātā guru-patnī, brāhmaṇī. Isteri seorang brāhmaṇa, beliau adalah seorang ibu juga. Ādau mātā guru-patnī brāhmaṇī rāja-patnikā, permaisuri ialah ibu kita. Sudah berapa seorang? Ādau mātā guru-patnī brāhmaṇī rāja-patnikā, kemudian dhenu. Dhenu bererti lembu. Beliau juga ibu kita. Dan dhātrī. Dhātrī bererti seorang jururawat. Dhenu dhātrī tathā pṛthvī, bumi juga. Bumi adalah ibu kita juga. Secara umum orang menjaga tanah air, tempat lahirnya. Itu adalah bagus. Namun mereka harus menjaga lembu juga. Tetapi mereka tidak menjaga ibu(lembu) mereka. Mereka melakukan dosa. Maka mereka harus bersengsara. Akan ada, akan ada peperangan, penyakit sampar, kelaparan. Dan apabila masyarakat berdosa, alam akan menghukum dengan serta-merta secara automatik.

Anda tidak boleh elakkannya. Maka pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa bererti penyelesaian kepada segala masalah. Mengajar orang untuk tidak berdosa. Ini kerana orang yang berdosa tidak boleh menerima kesedaran Kṛṣṇa . Untuk menerima kesedaran Kṛṣṇa bererti ia harus menghentikan aktiviti-aktiviti berdosa.