MS/Prabhupada 0153 - Melalui Sumbangan Kesusasteraan, Maka Kepintaran Seseorang Dibuktikan
Interview with Newsweek -- July 14, 1976, New York
Wartawan: Bolehkah anda memberi fungsi ketiga-tiga benda yang anda nyatakan tadi - makan, tidur dan seks, dan sila nyatakan dengan spesifik, apakah peraturan atau petunjuk yang anda ingin berikan kepada orang ramai yang sedang mencari pencerahan kerohanian untuk membantu kehidupan mereka dengan cara-cara ini.
Prabhupāda: Ya. Ya, itulah buku-buku kami. Itulah buku-buku kami. Kita mempunyai bahan-bahan yang cukup memahami kesemua benda ini. Ini bukan sesuatu yang anda akan faham dalam satu minit.
Wartawan : Saya memahami bahawa anda tidur sebentar sahaja. Anda tidur tiga ke empat jam setiap malam. Adakah anda merasa yang sesiapa yang telah mencapai pemahaman kerohanian akan juga menginsafinya dengan cara sebegini?
Prabhupāda: Ya, kita boleh lihat daripada tingkah laku para Gosvāmī. Mereka secara praktikal tidak ada apa-apa keperluan material. Makan, tidur, melakukan perhubungan seks dan mempertahankan diri, secara praktikal mereka tidak mempunyai semua keinginan ini. Mereka hanya terlibat dengan urusan Kṛṣṇa.
Wartawan: Terlibat dalam apa?
Rāmeśvara: Urusan Kṛṣṇa atau perkhidmatan bagi Tuhan.
Bali-mardana: Beliau sedang memberikan contoh cara-cara guru kerohanian yang terdahulu.
Wartawan: Baik, tetapi apa yang saya berminat sebenarnya adalah.. Adakah dia rasa tidur tiga atau empat jam sehari itu mencukupi?
Bali-mardana: Dalam kata yang lain, kenapa... Dia bertanya kenapa tidur hanya tiga ke empat jam sehari. Bagaimanakah anda telah mencapai ke tahap itu?
Prabhupāda: Itu bukan suatu yang dibuat-buat. Semakin anda terlibat dalam kegiatan kerohanian, maka semakin anda menjadi bebas daripada aktiviti material. Ini adalah ujiannya.
Wartawan: Dan anda telah mencapai ke ...
Prabhupāda: Tidak, saya tidak bercakap mengenai saya, namun itu adalah ujiannya. Bhaktiḥ pareśānubhavo viraktir anyatra syāt (SB 11.2.42). Jika anda telah maju dalam bhakti, dalam kehidupan kerohanian, maka anda tidak akan berminat dalam kehidupan material.
Wartawan: Adakah anda fikir terdapat perbezaan antara ramai orang di dunia ini? Dalam kata lain, adakah anda fikir yang orang kebangsaan India berbanding dengan orang Eropah mereka ada kecenderungan atau akan lebih mengikut kesedaran Kṛṣṇa?
Prabhupāda: Tidak, barang siapa orang yang pintar boleh mengikut kesedaran Kṛṣṇa. Saya telah menjelaskan, melainkan seorang itu adalah sangat pintar, ia tidak boleh mengikut kesedaran Kṛṣṇa. Maka ia adalah terbuka bagi kesemua orang. Tetapi terdapat perbezaaan dari segi tahap kepintaran. Di Eropah, Amerika, mereka adalah pintar, tetapi kepintaran mereka digunakan untuk tujuan material. Dan di India kepintaran mereka digunakan untuk tujuan kerohanian. Maka anda akan berjumpa dengan banyak buku dan kesusasteraan mengenai tahap kerohanian yang tinggi. Sama seperti Vyāsadeva. Vyāsadeva juga adalah seorang yang berumahtangga, tetapi beliau tinggal di hutan, dan cuba lihat sumbangan beliau dalam kesusasteraan. Tidak ada sesiapa pun yang boleh bayangkan. Maka melalui sumbangan kesusasteraan, kepintaran seorang boleh dibuktikan. Kesemua, orang-orang besar di dunia material, para saintis, ahli falsafah dan juga juruteknik, mereka dikenalpasti melalui hasil penulisan, melalui sumbangan mereka, bukan dengan badan mereka yang bersaiz besar.