MS/Prabhupada 0154 - Pastikan Selalu Agar Senjata Anda Selalu Terasah
Room Conversation -- May 7, 1976, Honolulu
Tamāla Kṛṣṇa: Di dalam artikel anda di buku "Back to Godhead" mengenai Marx, anda menyebutnya sebagai tukang karut anda menyebut Marxism sebagai mengarut.
Prabhupāda: Ya, apakah falsafahnya? Dialektitud?
Tamāla Kṛṣṇa: Dialetik Materialisme.
Prabhupāda: Maka, kita telah menulis satu buku mengenai Dialetik Kerohanian.
Hari-śauri: Milik Harikeśa.
Prabhupāda: Harikeśa.
Tamāla Kṛṣṇa: Ya, dia telah membacakan buku itu kepada kita. Dia sedang berdakwah, saya rasa di Eropah Timur. Kita ada laporan yang diberikan olehnya. Adakah dia telah menulis kepada anda?
Prabhupāda: Ya. Ya saya telah mendengar mengenainya, tetapi adakah dia baik-baik sahaja atau tidak?
Tamāla Kṛṣṇa: Daripada laporan yang telah dia berikan, ada kalanya beliau berada di negara-negara Timur Eropah. Kebanyakannya dia pergi ke negara-negara England, Jerman dan Scandinavia. Dan dia ada pasukannya dan mereka terlibat dalam perbicaraan dan mengedarkan buku-buku. Dan kadang-kadang dia ke negara-negara mana?
Penganut: Czechoslovakia, Hungary, Budapest.
Tamāla Kṛṣṇa: Kadang-kadang dia ke negara Komunis Eropah.
Penganut: Mereka meletakkan tempat penyembunyian di bawah van dan mereka menyembunyikan buku-buku tersebut di sana, oleh itu apabila tiba di sempadan, orang-orang tersebut tidak dapat lihat. Di bawah van tersebut, terdapat buku-buku anda. Apabila mereka tiba di negara-negara tersebut, mereka mengedarkan buku-buku kepada para pelajar.
Tamāla Kṛṣṇa: Revolusi.
Prabhupāda: Ia sangat bagus.
Penganut : Dia berkata, kadang-kadang apabila dia sedang bercakap, penterjemah tidak akan berkata apa-apa kerana...
Tamāla Kṛṣṇa: Kadang-kadang dia lupa - selalunya dia bercakap dengan penuh waspada - perkataaan yang tesembunyi. Namun sekali atau beberapa kali, dia mula bercakap mengenai kesedaran Krishna secara langsung dan penterjemah akan melihatnya dan tidak akan menterjemah kepada bahasa tempatan. Kadang-kadang dia terlupa dan mula bercakap mengenai Kṛṣṇa sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. dan penterjemah akan melihatnya dengan tiba-tiba. Selalunya dia menyembunyikannya.
Prabhupāda: Dia telah melakukanya dengan bagus sekali.
Tamāla Kṛṣṇa: Dia adalah orang yang sesuai, sangat pintar.
Prabhupāda: Maka dengan cara ini... Anda semua adalah pintar, anda boleh merancang. Matlamat kita adalah untuk mengedarkan buku. Itu adalah pertimbangan yang pertama. Di Bhāgavata ia telah dihuraikan secara kiasan yang kita ada badan ini dan bahagian-bahagian yang lain. Sama seperti Arjuna beliau duduk di atas kereta kuda. Terdapat pemandu kereta, terdapat kuda-kuda dan tali kekang. Terdapat medan pertempuran, terdapat anak panah, dan terdapat busur. Ini dihuraikan secara kiasan. Maka ini boleh digunakan untuk membunuh musuh-musuh kesedaran Kṛṣṇa. dan serahkan kesemua peralatan, kereta kuda, kita... Apabila peperangan sudah berakhir, sesudah memperoleh kemenangan, maka kamu kemudian menghancurkan peralatan, kereta kuda dan semua lainnya itu. Dan dengan cara yang sama, terdapat badan, terdapat minda, terdapat deria-deria. Maka gunakannya untuk menakluk kewujudan material. Dan serahkan badan ini dan pulang ke kediaman Tuhan.
Tamāla Kṛṣṇa: Adakah seorang penganut, saya maksudkan, sepertimana anda selalu bersemangat untuk memajukan...
Prabhupāda: Itu adalah seperti menajamkan senjata-senjata anda. Itu dihuraikan juga. Dengan melayani guru kerohanian, anda akan memastikan senjata akan terasah selalu. Dan minta pertolongan daripada Kṛṣṇa. Kata-kata guru kerohanian akan menajamkan senjata anda. Dan yasya prasādad bhagavata... Dan guru kerohanian akan menjadi gembira, maka Kṛṣṇa akan menolong dengan serta-merta. Beliau akan memberikan anda kekuatan. Katakan anda mempunyai sebilah pedang, pedang yang tajam, tetapi anda tidak mempunyai kekuatan, apa yang anda akan lakukan dengan pedang tersebut? Kṛṣṇa akan memberikan kekuatan kepada anda, bagaimana untuk berlawan dan membunuh musuh-musuh. Kesemuanya telah dihuraikan. Maka Caitanya Mahāprabhu (bersabda) guru-kṛṣṇa-kṛpāya (CC Madhya 19.151), Jadikan senjatamu tajam dengan menurut perintah guru kerohanianmu maka Kṛṣṇa akan memberikan kepadamu, kau akan berjaya menakluk. Saya rasa saya telah berikan penjelasan secara kiasan ini malam semalam. Ini adalah ayatnya, acyuta bala, acyuta bala. Adakah Puṣṭa Kṛṣṇa berada di sini?
Hari-śauri: Puṣṭa Kṛṣṇa?
Prabhupāda: Kita adalah askar-askar kepunyaan Kṛṣṇa, hamba-hamba kepada Arjuna. Anda hanya perlu bertindak dengan benar, maka anda akan mengalahkan para musuh. Mereka tidak mempunyai kuasa, walaupun mereka adalah seratus kali ganda. Sama seperti para Kurus dan para Pāṇḍava. Mereka tidak mempunyai sebagai kuasa, yatra yogeśvaraḥ kṛṣṇaḥ (BG 18.78). Selalu pastikan Kṛṣṇa berada di sisimu, maka semua akan berjaya. Tatra śrīr vijayo.