MS/Prabhupada 0155 - Setiap Orang Sedang Cuba Untuk Menjadi Tuhan



Lecture on SB 7.6.5 -- Toronto, June 21, 1976

Oleh itu, kita telah melihat di Bhagavad-gītā, terdapat tiga perkataan. Sanātanaḥ, kekal, ia digunakan di sana. Pertama sekali ialah jīva, para mahkluk hidup ini, mereka telah dihuraikan sebagai sanātanaḥ. Mamaivāṁśo jīva-bhūtaḥ jīva-loke sanātanaḥ (BG 15.7). Kita adalah para makhluk hidup, sanātanaḥ. Ia bukannya kita telah menjadi jīva-bhūtaḥ dengan pengaruh māyā. Kita telah meletakkan diri kita di dalam pengaruh māyā, maka kita adalah jīva-bhūtaḥ. Sebenarnya kita adalah sanātana. Sanātana bererti kekal. Nityo śāśvata. Jivātmā telah dihuraikan: nityo śāśvato yaṁ na hanyate hanyamāne śarīre (BG 2.20). Itu adalah sanātana. Maka kita adalah kurang pintar yang jika saya adalah kekal, sanātana, saya tidak ada hidup dan mati, kenapa saya telah ditempatkan di kesusahan hidup dan mati ini? Ini disebut sebagai brahma-jijñāsā. Namun kita tidak berpendidikan. Namun kita harus berpendidikan. Dan kita harus mengambil kesempatan dengan arahan ini. Kita adalah sanātana. Dan terdapat dunia yang lain di sana, ia dinyatakan di Bhagavad-gītā, paras tasmāt tu bhāvo 'nyo 'vyakto 'vyaktāt sanātanaḥ (BG 8.20). Vyakto 'vyaktāt sanātanaḥ Apabila dunia material ini diwujudkan, dan latar belakang keseluruhannya adalah tenaga material, mahāt-tattva. Itu tidak diwujudkan. Maka vyakto 'vyaktāt. Lebih tinggi daripada ini terdapat jenis alam yang lain, alam kerohanian, sanātana. Ini disebut sebagai sanātana. Paras tasmāt tu bhāvo 'nyo vyakto 'vyaktāt sanātanaḥ (BG 8.20). Dan jīva-bhūtaḥ-sanātana. Dan di Bab yang Ke Sebelas, Arjuna menghuraikan Kṛṣṇa sebagai sanātana. Maka terdapat tiga sanātana. Tiga sanātana.

Jika kita semua adalah sanātana, terdapat sanātana-dhāma dan Kṛṣṇa ialah sanātana, kita semua adalah sanātana. Apabila mereka digabung, itu disebut sebagai sanātana-dharma. Mereka tidak tahu apa itu sanātana. Mereka berfikir bahawa jika berpakaian dengan cara yang tertentu dan jika saya dilahirkan di komuniti yang tertentu, maka saya akan menjadi sanātana-dharma. Tidak. Setiap orang boleh menjadi sanātana-dharma. Namun mereka tidak tahu apa erti sanātana. Setiap para makhluk hidup adalah sanātana. Dan Kṛṣṇa, Tuhan ialah sanātana. Dan terdapat tempat di mana kita akan berjumpa bersama - dan itu adalah sanātana dhāma. Sanātana dhāma, sanātana-bhakti, sanātana-dharma. Apabila ia telah dilaksanakan, itu disebut sebagai sanātana-dharma. Maka apakah itu sanātana-dharma? Katakan saya pulang kepada tempat sanātana-dharma itu dan terdapat Tuhan, sanātana dan saya ialah sanātana. Maka apakah aktiviti sanātana kita? Adakah ia bererti yang apabila saya pergi ke sanātana-dhāma saya menjadi Tuhan? Tidak. Anda tidak menjadi Tuhan. Kerana Tuhan hanya satu. Beliau adalah Yang Maha Esa, Ketua, dan kita adalah hambaNya, Caitanya Mahāprabhu: jīvera svarūpa haya nitya kṛṣṇa dāsa (CC Madhya 20.108-109). Maka kesemua antara kita, kita menganggap kita adalah Kṛṣṇa. Namun apabila anda pulang kepada sanātana-dhāma, maka - melainkan kita mempunyai kelayakan, kita tidak boleh pergi ke sana - dan kita akan berkhidmat kepada Tuhan dengan kekal.

Itu adalah sanātana-dharma. Maka anda harus melatihnya. Sanātana-dharma bererti bhakti-yoga. Kerana kita telah melupakannya. Setiap orang cuba menjadi Tuhan. Sekarang cuba praktikkan bagaimana untuk menjadi hamba Tuhan. Dan jika anda mempunyai kelayakan, secara fakta, sekarang anda... Dengan pastinya anda telah menjadi hamba kepada Tuhan, itu adalah bhakti-mārga. Dan seperti apa yang dikatakan oleh Caitanya Mahāprabhu, gopī-bhartur pada-kamalayor dāsa-dāsa-dāsa-dāsānudāsaḥ. Apabila kau handal menjadi hamba kepada hamba kepada hamba kepada hamba kepada hamba Tuhan - seratus kali bawah, hamba- maka kau adalah sempurna (CC Madhya 13.80). Namun di sini setiap orang sedang cuba untuk menjadi Tuhan. Ada orang menyalahgunakan "so 'ham," "ahaṁ brahmāsmi" dan maka "Aku adalah Tuhan." Namun ini bukan sebenarnya. Kata-kata Veda ini, namun so 'ham tidak bererti yang "Aku adalah Tuhan." So 'ham bererti "Aku mempunyai kualiti yang sama." Ini kerana mamaivāṁśo jīva-bhūtaḥ (BG 15.7). Jīva adalah sebahagian daripada Tuhan, maka kualiti adalah sama. Sama seperti jika anda mengambil setitik air daripada laut. Maka komposisi kimia air laut dan setitik air - adalah sama Ini yang disebut sebagai so 'ham or brahmāsmi. Bukannya kita menyalahgunakan perkataan, versi Veda, dan saya berfikir secara keliru bahawa "Aku adalah Tuhan. Aku telah menjadi Tuhan." Dan jika kamu adalah Tuhan, maka kenapa kamu menjadi seekor anjing? Adakah Tuhan menjadi anjing. Tidak. Itu adalah mustahil. Ini kerana kita adalah partikel yang kecil. Itu juga disebut di śāstra:

keśāgra-śata-bhāgasya
śatadhā kalpitasya ca
jīvaḥ bhāgo sa vijñeya
sa anantyaya kalpate
(CC Madhya 19.140)

Identiti kerohanian kita adalah kita adalah satu per sepuluh ribu bahagian hujung rambut. Ia adalah sangat kecil, kita telah membahagikan ke sepuluh ribu bahagian, dan salah satu bahagian tersebut, itu adalah identiti kita. Dan identiti kecil itu berada dalam badan kita. Oleh itu di mana anda akan mencarinya? Anda tidak ada mesin. Maka anda akan berkata nirākāra. Tidak, terdapat ākāra, namun ia adalah sangat, sangat kecil sekali yang ia adalah mustahil bagi kita untuk melihatnya melalui mata material kita. Maka kita harus menggunakan versi Veda. Śāstra cakṣuṣa. Itu adalah versi Vedānta. Kita harus melihat melalui śāstra. Bukan melalui mata yang kasar ini. Itu adalah mustahil.