MS/Prabhupada 0156 - Saya Sedang Cuba Mengajar Apa Yang Telah Anda Lupakan
Arrival Address -- London, September 11, 1969
Wartawan: Apa yang anda sedang cuba dan mengajar, encik?
Prabhupāda: Saya sedang cuba mengajar apa yang telah anda lupa.
Para Penganut : Haribol! Hare Kṛṣṇa! (gelak ketawa)
Wartawan: Mengenai apa?
Prabhupāda: Mengenai Tuhan. Ada sesetengah daripada kamu yang menyatakan tidak ada Tuhan, sesetengah daripada kamu berkata Tuhan telah mati, dan sesetengah daripada kamu menyatakan Tuhan adalah impersonal atau tidak sah. Ini semua adalah benda karut. Saya ingin mengajar bahawa ini semua adalah benda mengarut dan terdapat Tuhan. Itu adalah misi saya. Sesiapa yang ingin mengutuskan benda karut ini boleh datang berjumpa saya, saya akan buktikan terdapat Tuhan. Itu adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa saya. Ia adalah cabaran kepada orang atheis. Terdapat Tuhan. Dan sini kita duduk bersemuka, dan anda boleh lihat Tuhan secara bersemuka juga. Jika anda adalah ikhlas dan serius, itu adalah mungkin. Namun malang sekali, kita cuba melupakan Tuhan, dan kita sedang mengalami banyak kesengsaraan hidup. Maka saya sedang berdakwah yang anda ada kesedaran Kṛṣṇa dan bergembira. Jangan terbawa-bawa oleh benda karut ini, ombak māyā, atau ilusi. Ini adalah permintaan saya.
Para Penganut: Haribol!