MS/Prabhupada 0161 - Jadilah Seorang Vaisnava dan Berasa Simpati Terhadap Penderitaan Kemanusiaan



His Divine Grace Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Gosvami Prabhupada's Disappearance Day, Lecture -- Los Angeles, December 9, 1968

Jika kita secara tegas berusaha berkhidmat untuk guru kerohanian, mengikut perintah beliau, maka Kṛṣṇa akan memberikan segala kemudahan. Itu adalah rahsianya. Walaupun tidak ada kemungkinan, saya tidak memikirnya, tetapi saya telah menerimanya dengan serius, dengan mempelajari komentari yang diberikan oleh Viśvanātha Cakravartī Ṭhākura mengenai Bhagavad-gītā. Di dalam Bhagavad-gītā, ayat : vyavasāyātmikā-buddhir ekeha kuru-nandana (BG 2.41), berkaitan dengan ayat ini, Viśvanātha Cakravartī Ṭhākura memberikan komentari beliau, yang kita harus menerima kata-kata daripada guru kerohanian sebagai hidup dan jiwa kita. Kita harus cuba untuk melaksanakan perintah beliau, perintah guru kerohanian yang spesifik, dengan tegar sekali tanpa mempedulikan manfaat atau kerugian yang kita akan terima.

Jadi saya telah mencuba dengan semangat tersebut. Oleh itu beliau telah memberikan saya segala fasiliti untuk melaksanakannya. Sekarang ia sudah sampai ke tahap ini, di mana di usia yang tua ini saya telah datang ke negara anda, dan anda juga telah menerima gerakan ini dengan serius, cuba memahaminya. Kita ada beberapa buah buku sekarang. Dan pertubuhan ini telah bertapak. Pada hari perayaan kepulangan guru kerohanian saya, seperti mana saya sedang berusaha untuk melaksanakan keinginannya, dengan cara yang serupa, saya meminta anda semua untuk melaksanakan perintah ini sebagai keinginan saya. Saya sudah berusia tua, saya boleh meninggal pada bila-bila masa. Ini adalah hukum alam. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghentikannya. Ini bukan suatu benda yang mengejutkan, namun saya meminta kepada anda semua pada hari kemulian permergian Guru Mahārāja saya, yang sekurang-kurangnya anda telah memahami intipati pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini, Dan anda harus berusaha memperjuangkannya. Orang ramai sedang menderita menunggu untuk kesedaran ini. Sepertimana kita berdoa terhadap para penganut kita pada setiap hari,

vāñchā-kalpatarubhyaś ca
kṛpā-sindhubhya eva ca
patitānāṁ pāvanebhyo
vaiṣṇavebhyo namo namaḥ

Seorang Vaiṣṇava, atau penganut Tuhan, hidupnya didedikasi untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Sepertimana kebanyakan daripada anda yang berpunya kepada komuniti Kristian - bagaimana Nabi Isa, beliau telah berkata bahawa demi dosa-dosa anda beliau mengorbankan hidupnya. Itu adalah keazaman seorang penganut Tuhan. Mereka tidak memikirkan tentang keselesaan diri. Ini kerana mereka mencintai Kṛṣṇa atau Tuhan, maka mereka mencintai kesemua para makhluk hidup yang mempunyai hubung kait dengan Kṛṣṇa. Jadi dengan cara yang sama anda harus belajar. Pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini bererti untuk menjadi seorang Vaiṣṇava dan merasa simpati dengan penderitaan yang dilalui oleh manusia. Jadi jika kita ingin berasa simpati terhadap manusia, terdapat beberapa cara kita dapat melihatnya. Ada sesetengah orang berfikir mengenai kesusahan yang dialami oleh manusia dengan konsep kehidupan berasaskan badan. Sesetengah orang pula berusaha untuk membuka hospital untuk memberikan perubatan untuk menyembuh penyakit. Sesetengah orang cuba menyedekahkan makanan kepada orang-orang di negara-negara atau kawasan yang miskin. Benda-benda sebenarnya adalah sangat bagus, tetapi penderitaan manusia yang sebenarnya adalah kekurangan kesedaran Kṛṣṇa. Penderitaan yang dialami oleh badan kita ini adalah sementara sahaja, ia tidak boleh dihentikan oleh hukum alam. Katakan jika anda menyedekahkan makanan kepada negara-negara yang sangat miskin, ia tidak bererti yang dengan ini ia akan membantu menyelesaikan masalah mereka. Manfaat yang sebenarnya adalah untuk membangkitkan kesedaran setiap orang untuk menerima kesedaran Kṛṣṇa.