MS/Prabhupada 0162 - Hanya Membawa Mesej Yang Diberikan Di Bhagavad-gita



Press Interview -- October 16, 1976, Chandigarh

Di India, terdapat banyak kesusasteraan Veda untuk memahami urusan roh. Dan dengan kehidupan sebagai manusia, jika kita tidak mengambil kisah akan bahagian kerohanian dalam kehidupan kita, maka kita sebenarnya sedang membunuh sendiri. Ini adalah perutusan segala personaliti yang hebat yang dilahirkan di India. Para Ācārya seperti... Baru-baru... Dahulu, terdapat para ācārya yang sangat hebat, seperti Vyāsadeva dan lain-lain. Devala. Dan ramai lagi para ācārya. Dan baru-baru ini, katakan dalam, seribu lima ratus tahun, terdapat ramai para ācārya, seperti Rāmānujācārya, Madhvācārya, Viṣṇu Svāmī, dan dalam lima ratus tahun terdapat Tuhan Caitanya Mahāprabhu.

Mereka juga telah memberikan kita banyak kesusasteraan mengenai ilmu pengetahuan kerohanian. Tetapi pada saat ini, ilmu pengetahuan kerohanian diabaikan. Oleh itu mesej Caitanya Mahāprabhu kepada seluruh dunia ialah setiap di antara kamu, kamu harus menjadi guru, seorang guru kerohanian. Bagaimana untuk menjadi seorang guru kerohanian? Untuk menjadi seorang guru kerohanian bukanlah kerja yang mudah. Seorang itu harus menjadi ulama yang sangat berpengetahuan dan harus memiliki keinsafan diri dan kesemuanya. Tetapi Caitanya Mahāprabhu telah memberikan kita formula, yang jika anda secara tegas mengikut tunjuk ajar di Bhagavad-gītā dan jika anda berdakwah mengenai tujuan Bhagavad-gītā, maka anda menjadi seorang guru. Ini adalah kata-kata tepat yang digunakan dalam bahasa Bengali, ia diperkatakan bahawa, yāre dekha, tāre kaha 'kṛṣṇa'-upadeśa (CC Madhya 7.128). Untuk menjadi seorang guru adalah kerja yang sangat sukar, namun jika anda membawa mesej yang diberikan di Bhagavad-gītā dan cuba meyakinkan barang siapa yang anda jumpa, maka anda akan menjadi seorang guru. Jadi, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini adalah untuk tujuan ini. Kita sedang mempersembahkan Bhagavad-gītā menurut aslinya tanpa sebarang salah tafsiran.