MS/Prabhupada 0163 - Agama Bererti Kod-kod dan Hukum-hukum Yang Diberikan Oleh Tuhan
Lecture on BG 4.3 -- Bombay, March 23, 1974
Matlamat hidup adalah untuk pulang ke kediaman, kediaman Tuhan yang Maha Esa. Itu adalah matlamat hidup kita. Kita semua telah jatuh dalam keadaan material yang terikat ini. Kita sedang menderita. Namun kita tidak tahu. Kita sangat bodoh. Sama seperti haiwan. Kita tidak tahu apakah matlamat hidup yang sebenarnya. Matlamat hidup, telah dijelaskan di dalam Bhagavad-gītā: janma-mṛtyu-jarā-vyādhi-duḥkha-doṣānudarśanam (BG 13.9). Apabila kita telah memahami bahawa " Proses pengulangan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit, saya tidak mengingini..." Tidak ada sesiapapun yang ingin mati, tetapi dia dipaksa mati. Dia tidak berfikir yang "Ini adalah masalah saya. Saya tidak ingin mati, tetapi kematian itu adalah suatu perkara yang pasti berlaku seperti benda-benda lain." Jadi ini adalah masalahnya. Tidak ada sesiapapun yang menyelidik bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka hanya melibatkan diri, saya bermaksud, masalah yang sementara sahaja. Masalah yang sementara ini bukan masalah yang sebenarnya. Masalah yang sebenarnya adalah bagaimana untuk menghentikan kematian, bagaimana untuk menghentikan kelahiran, bagaimana untuk menghentikan usia tua dan bagaimana untuk menghentikan penyakit. Ini adalah masalah yang sebenarnya. Itu boleh dilakukan apabila anda dibebaskan daripada dunia material ini. Ini adalah masalah kita.
Maka Kṛṣṇa datang sekali lagi ke sini... Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata (BG 4.7). Dharmasya glāniḥ. Glāniḥ bererti apabila keadaan terganggu. Oleh itu orang sedang mencipta, di atas nama agama yang kononnya, "Ini adalah agama kami." "Ini adalah agama Hindu." "Ini adalah agama Muslim." "Ini adalah agama Kristian." atau "Ini adalah agama Buddha." Dan "Ini adalah agama Sikh." "Ini adalah agama itu, agama itu..." Dan mereka telah mencipta banyak jenis agama, banyak jenis agama. Tetapi agama yang sebenarnya ialah dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītam (SB 6.3.19). Agama bererti kod-kod dan hukum-hukum yang diberikan oleh Yang Maha Esa, oleh Tuhan. Itu adalah agama. Definisi agama adalah: dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītam (SB 6.3.19). Sama seperti undang-undang yang digubal oleh negeri, oleh kerajaan. Anda tidak boleh mencipta undang-undang. Saya telah menyatakan perkara ini berulang kali. Undang-undang digubal oleh kerajaan. Dengan cara yang serupa, agama dicipta oleh Tuhan. Dan jika anda menerima keagamaan milik Tuhan, maka itu adalah agama. Dan apakah itu keagamaan milik Tuhan? Jika anda berdiri, marilah berdiri di sini. Orang lain sedang memerhati. Keagamaan milik Tuhan ialah... Anda akan berjumpa di dalam Bhagavad-gītā, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66). Itu adalah keagamaan milik Tuhan. "Kau hentikan agama-agama yang mengarut ini. Kau jadilah seorang penganut, dan berserah diri padaKu." Itu adalah agama.