MS/Prabhupada 0164 - Varnasrama-dharma Harus Ditubuhkan Untuk Memudahkan Segalanya
Room Conversation Varnasrama System Must Be Introduced -- February 14, 1977, Mayapura
Hari-śauri: Tetapi di dalam pelaksanaan pengajaran dari Caitanya Mahāprabhu, Beliau hanya mendorong mereka untuk berjapa (mengucapkan Hare Krishna).
Prabhupāda: Hal itu adalah tidak mungkin untuk orang yang biasa.
Hari-śauri: Yang mana, hanya untuk mendorong orang untuk berjapa? Beliau hanya memperkenalkan berjapa sahaja.
Prabhupāda: Tetapi siapa yang akan berjapa? Siapa yang akan berjapa?
Satsvarūpa: Tetapi jika mereka tidak berjapa, maka mereka juga tidak akan menjadi terlatih untuk melaksanakan varṇāśrama. Padahal itulah cara yang paling mudah.
Prabhupāda: Berjapa akan tetap ada, tetapi anda tidak boleh mengharapkan bahawa orang-orang itu akan berjapa seperti Caitanya Mahāprabhu. Mereka bahkan tidak akan boleh berjapa sebanyak enam belas putaran. (Dan) para bangsat ini ingin menjadi Caitanya Mahāprabhu.
Satsvarūpa: Tidak. Tetapi sekurang-kurangnya mereka akan berjapa dan makan sedikit prasāda...
Prabhupāda: Berjapa akan masih berterusan. Itu tidak akan diberhentikan. Namun pada masa yang sama, varṇāśrama-dharma harus ditubuhkan untuk memudahkan segalanya.
Hari-śauri: Baiklah, tetapi mengikut pemahaman saya berjapa diperkenalkan di zaman Kali ini kerana varṇāśrama tidak mungkin berlaku.
Prabhupāda: Ia akan membersihkan minda. Berjapa tidak akan dihentikan. Hari-śauri: Oleh itu berjapa diperkenalkan untuk menggantikan kesemua sistem varṇāśrama dan seperti itu.
Prabhupāda: Ya, ia boleh menggantikan, tetapi siapa yang boleh menggantikannya? Kerana.. Orang tidak begitu maju. Jika anda meniru Haridāsa Ṭhākura untuk berjapa, ia tidak mungkin menjadi.
Satsvarūpa: Kita memberitahu mereka untuk meneruskan kerja mereka tapi pada masa yang sama berjapa juga.
Prabhupāda: Ya. Thākaha āpanāra kāje, Bhaktivinoda Ṭhākura. Āpanāra kāja ki. Caitanya Mahāprabhu mensarankan, sthāne sthitaḥ. Dan jika anda tidak kekalkan sthāna, maka berjapa secara sahajiyā akan menjadi. Sama seperti sahajiyā, mereka juga ada tasbih dan...tetapi mereka ada tiga dozen wanita. Berjapa cara ini akan berlaku. Sama seperti Madhudvisa. Dia tidak layak untuk menjadi sannyāsa tetapi dia diberikan sannyāsa. Dan dia terlibat dengan lima wanita, dan telah terbongkar. Maka varṇāśrama-dharma diperlukan. Hanya sekadar penampilan luar sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Oleh itu varṇāśrama-dharma harus diperkenalkan di setiap penjuru dunia, dan...
Satsvarūpa: Memperkenalkannya bermula dengan komuniti ISKCON?
Prabhupāda: Ya. Ya. Para brāhmaṇa, kṣatriya. Harus ada pendidikan yang berterusan.
Hari-śauri: Tetapi dalam komuniti kita, jika..., kita dilatih untuk menjadi seorang Vaiṣṇava...
Prabhupāda: Ya. Hari-śauri: ...maka bagaimanakah kita akan membahagikan komuniti kita?
Prabhupāda: Vaiṣṇava bukan benda yang senang. Tujuan varṇāśrama-dharma ditubuhkan adalah menjadi seseorang itu Vaiṣṇava. Ia bukan begitu senang untuk menjadi seorang Vaiṣṇava.
Hari-śauri: Tidak, ia bukan benda yang murah.
Prabhupāda: Ya. Maka ia harus dilakukan. Vaiṣṇava, untuk menjadi seorang Vaiṣṇava, ia bukan benda yang senang. Jika Vaiṣṇava, untuk menjadi seorang Vaiṣṇava adalah begitu senang, kenapa ramai yang jatuh, telah jatuh? Ia bukan benda yang senang. Sannyāsa adalah untuk brāhmaṇa yang berkelayakan tinggi. Dan dengan hanya memakai baju sebagai seorang Vaiṣṇava, itu adalah.... jatuh.
Hari-śauri: Jadi sistem varṇāśrama adalah untuk kaniṣṭhas, Kaniṣṭha-adhikārī.
Prabhupāda: Kaniṣṭha? Hari-śauri: Apabila seseorang itu berada di platform pemula.
Prabhupāda: Ya. Ya. Kaniṣṭha-adhikārī, ya. Hari-śauri: Sistem varṇāśrama sangat bermanfaat.
Prabhupāda: Kaniṣṭha-adhikārī bererti dia haruslah seorang brāhmaṇa. Itu adalah kaniṣṭha-adhikārī. Kehidupan kerohanian, kaniṣṭha-adhikārī, bererti dia harus berkelayakan seorang brāhmaṇa. Itu adalah kaniṣṭha. Apa yang dihormati sebagai suatu kedudukan yang sangat tinggi di dunia material ini, iaitu brāhmaṇa, itu sebenarnya adalah kaniṣṭha-adhikārī.