MS/Prabhupada 0165 - Aktiviti-aktiviti Yang Suci Disebut Sebagai Bhakti
Lecture on BG Introduction — New York, February 19-20, 1966
Kesedaran yang utama, ia akan dihuraikan di dalam Bhagavad-gītā di dalam bab di mana perbezaan di antara jīva dan īśvara dijelaskan. Kṣetra-kṣetra-jña. Kṣetra-jña telah dihuraikan bahawa Tuhan juga ialah kṣetra-jña, atau kesedaran, dan jīva, atau para makhluk hidup, mereka juga memiliki kesedaran. Tetapi perbezaan antara kesedaran para makhluk hidup adalah terbatas dalam badannya sendiri, tetapi kesedaran Tuhan adalah dalam setiap badan. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe 'rjuna tiṣṭhati (BG 18.61). Jadi Tuhan berada di dalam sudut hati setiap para makhluk hidup, maka Beliau sedar akan perubahan kejiwaan, aktiviti-aktiviti jīva tersebut. Kita tidak harus lupa. Ia telah juga dijelaskan bahawa Paramātmā, ataupun Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. beliau berada di hati setiap orang sebagai īśvara, sebagai pengawal dan Beliau sedang memberi arahan. Beliau sedang memberi arahan. Sarvasya cāhaṁ hṛdi sanniviṣṭhaḥ (BG 15.15). Beliau berada di hati setiap orang, dan Beliau sedang memberi arahan untuk bertindak sebagaimana diinginkan oleh para makhluk hidup.
Para makhluk hidup lupa akan apa ia harus lakukan. Pertama ia bernekad untuk bertindak dengan cara yang tertentu, dan kemudian ia terlibat dalam aktiviti dan reaksi daripada aktiviti tersebut mengikut karma. Tetapi selepas mati menyerahkan badannya, apabila ia mengambil badan yang lain... Ia sama seperti apabila kita menggantikan sejenis pakaian, satu pakaian, untuk pakaian yang lain, dengan cara yang serupa, ia dihuraikan di Bhagavad-gītā iaitu vāsāṁsi jīrṇāni yathā vihāya (BG 2.22). Seseorang, apabila ia menukarkan pakaiannya, serupa dengan para makhluk hidup, mereka juga menukarkan pakaian mereka, mereka juga menukarkan badan mereka, transmigrasi roh, dan menarik reaksi daripada tindakan aktiviti-aktivitinya. Oleh itu aktiviti-aktiviti boleh ditukar apabila para makhluk hidup berada di sifat kebaikan, dalam kewarasan, ia akan memahami apa jenis aktiviti yang ia harus lakukan, dan jika ia melakukannya, maka keseluruhan aktiviti dan reaksi daripada aktivitinya boleh bertukar. Oleh itu karma bukan kekal. Perkara lain, di antara empat atau lima perkara - īśvara, jīva, prakṛti, kāla, dan karma - empat perkara adalah kekal, manakala karma, perkara yang dikenali sebagai karma, ia tidak kekal.
Sekarang kesedaran īśvara, kesedaran utama īśvara, dan perbezaan di antara kesedaran utama īśvara, atau Tuhan, dan para makhluk hidup, di dalam keadaan yang semasa, adalah seperti ini. Kesedaran, kesedaran kedua-dua Tuhan dan para makhluk-makhluk hidup, mereka adalah, kesedaran mereka adalah transendental. Ia bukannya kesedaran itu terbina daripada pergabungan hal-hal tersebut. Itu adalah satu idea yang salah. Teori di mana kesedaran terbina dalam keadaan kombinasi material, tidak langsung diterima di Bhagavad-gītā. Mereka tidak boleh. Kesedaran boleh dicemari oleh penutup berupa keadaan-keadaan material, sama seperti apabila refleksi lampu melalui kaca yang berwarna, refleksi tersebut akan mengikut warnanya. Dengan cara yang sama, kesedaran Tuhan, ia tidak akan terjejas secara material. Tuhan Yang Maha Esa, Kṛṣṇa, Beliau bersabda mayādhyakṣeṇa prakṛtiḥ ((BG 9.10). Apabila Beliau muncul di dunia material ini, kesedaran Beliau tidak akan terpengaruh secara material. Jika kesedaran Beliau terpengaruh secara material, maka Beliau tidak layak untuk bersabda mengenai subjek transendental di dalam Bhagavad-gītā. Seseorang itu tidak boleh bercakap mengenai dunia yang transendental jika ia tidak bebas daripada kesedaran material yang telah dicemari.
Maka Tuhan tidak dicemari secara material. Namun kesedaran kita, pada saat ketika, dicemari secara material. Keseluruhannya, sepertimana Bhagavad-gītā telah mengajar, kita harus mensucikan kesedaran material yang telah tercemar ini dan melalui kesedaran yang suci, aktiviti-aktiviti akan dilakukan. Itu akan membuatkan kita gembira. Kita tidak boleh berhenti. Kita tidak boleh menghentikan aktiviti-aktiviti kita. Aktiviti-aktiviti harus disucikan. Dan aktiviti-aktiviti yang suci ini disebut sebagai bhakti. Bhakti bererti, aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti biasa, tetapi aktiviti-aktiviti tersebut tidak dicemari. Ia adalah aktiviti-aktiviti yang suci. Maka seorang yang jahil akan melihat bahawa seorang penganut bekerja seperti orang yang biasa, tetapi seseorang dengan ilmu pengetahuan yang cetek, ia tidak tahu bahawa aktiviti-aktiviti seorang penganut atau aktiviti-aktiviti Tuhan, tidak tercemari dengan kesedaran material yang kotor kekotoran daripada tiga guna, sifat alam, tetapi ia adalah kesedaran transendental. Maka kesedaran kita dicemari secara material, itu kita harus tahu.