MS/Prabhupada 0166 - Anda Tidak Boleh Menghentikan Turunan Salji
Lecture on BG 2.7-11 -- New York, March 2, 1966
Kita tidak harus lupa yang kita selalu dalam keadaan yang menderita. Terdapat tiga jenis penderitaan. Saya tidak berbicara mengenai tiga jenis masalah ekonomi atau... Itu juga satu jenis penderitaan. Namun mengikut ilmu pengetahuan Veda - atau adalah satu fakta - terdapat tiga jenis penderitaan. Satu jenis penderitaan berpunya kepada badan dan minda... Sekarang, katakan jika saya ada sakit kepala, Saya akan berasa sangat panas, Saya akan berasa sangat sejuk, dan terdapat banyak jenis penderitaan badan. Dengan cara yang serupa, kita ada penderitaan minda. Minda saya terasa kacau hari ini... Ada orang telah berkata sesuatu kepada saya. Jadi saya menderita. Atau saya telah kehilangan sesuatu atau seorang kawan, banyak benda yang lain. Jadi penderitaan badan dan minda, dan kemudian penderitaan oleh alam, alam. Ini disebut sebagai adhidaivika, di mana kita tidak boleh mengawal. Setiap penderitaan kita tidak boleh mengawalnya, terutama sekali... Katakan jika salji turun dengan lebat. Keseluruhan bandar New York akan dipenuhi dengan salji, dan kita telah diletakkan dalam keadaan yang tidak selesa. Penderitaan seperti itu. Tetapi anda boleh mengawalnya. Anda tidak boleh menghentikan turunan salji. Anda faham? Jika terdapat, terdapat angin, angin yang sejuk, anda tidak boleh menghentikannya. Ini disebut sebagai penderitaan adhidaivika. Dan penderitaan minda dan badan disebut sebagai adhyātmika. Dan terdapat penderitaan yang lain, adhibhautika, diserang oleh para makhluk hidup yang lain, musuh saya, atau sejenis haiwan atau cacing, dan sebagainya. Jadi tiga jenis penderitaan sebegini selalu akan ada. Selalu. Dan... Tetapi kita tidak ingin melalui kesemua penderitaan ini. Apabila soalan ini timbul...
Sekarang kesedaran Arjuna ialah "Terdapat peperangan, dan ia adalah tugasku untuk berlawan dengan musuh, namun terdapat penderitaan kerana mereka adalah saudaraku." Jadi beliau berasa begitu. Melainkan kesedaran seorang manusia itu dibangkitkan dan sedar akan fakta yang kita akan menderita selalu tetapi kita tidak ingin kesemua penderitaan ini... Maka timbul persoalan ini... Seorang itu perlu mendekati seorang guru kerohanian, apabila ia sedar. Anda faham? Selagi ia adalah seperti haiwan, ia tidak akan sedar yang ia sedang menderita... Ia tidak akan tahu, ia tidak peduli, atau ia tidak ingin mencari jalan penyelesaian. Dan di sini Arjuna sedang menderita, dan beliau ingin mencari jalan penyelesaian, maka beliau telah menerima seorang guru kerohanian. Apabila kita sedar akan penderitaan yang kita lalui, maka kita kesedaran kita terbangun akan situasi penderitaan tersebut... Penderitaan itu ada. Tidak ada makna bagi kelupaan atau kejahilan mengenai penderitaan. Kerana penderitaan itu sememangnya ada. Tetapi apabila seseorang itu sangat serius untuk mencari jalan penyelesaian mengenai penderitaannya, maka seorang guru kerohanian diperlukan. Sama seperti Arjuna, beliau memerlukan seorang guru kerohanian. Adakah ia jelas? Ya. Jadi penderitaan itu sememangnya ada. Ia tidak memerlukan sebarang pendidikan, dengan hanya berfikir bahawa, hanya berfikir sedikit, bahawa "Saya tidak inginkan kesemua penderitaan ini, tetapi saya sedang menderita. Mengapa? Tidak terdapatkah jalan penyelesaian? Tidak terdapatkah? Tetapi terdapat jalan penyelesaian. Dan kesemua kitab-kitab suci ini, kesemua pengetahuan Veda, kesemuanya... Bukan sahaja pengetahuan Veda... Sekarang... Oh, mengapa anda pergi ke sekolah? Mengapa anda pergi ke kolej? Mengapa anda meneruskan jurusan sains? Mengapa anda meneruskan jurusan jurusan undang-undang? Setiap benda adalah untuk mengakhiri penderitaan kita. Jika tidak ada sebarang penderitaan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan belajar. Anda faham? Tetapi jika ia berfikir bahawa "Jika saya berpendidikan, jika saya menjadi seorang doktor atau jika saya menjadi seorang peguam atau jika saya menjadi seorang jurutera, saya akan menjadi gembira." Gembira.
Itu adalah matlamat yang mutlak. "Saya akan mendapatkan pekerjaan yang bagus, berkerja sebagai pegawai kerajaan. Saya akan menjadi gembira." Maka kegembiraan adalah kesimpulan segalanya, saya bermaksud, pencapaian. Jadi... Tetapi usaha untuk mengurangkan penderitaan ini, ia adalah sementara sahaja. Penderitaan yang sebenarnya, penderitaan yang sebenar adalah kerana, kewujudan material, tiga jenis penderitaan ini. Apabila seseorang itu sedar mengenai penderitaannya dan dia ingin mencari jalan penyelesaian, maka ada perlunya untuk mendapatkan seorang guru kerohanian. Sekarang, jika anda ingin mencari jalan penyelesaian untuk kesemua penderitaan anda, dan anda ingin berunding dengan seseorang, orang jenis apa yang anda akan berjumpa untuk mengakhiri segala penderitaan anda? Pemilihan tersebut harus ada. Jika anda ingin membeli barang kemas, berlian, atau benda yang sangat bernilai, dan jika anda pergi ke kedai runcit... Kejahilan seperti itu - anda akan ditipu. Anda akan ditipu. Sekurang-kurangnya anda harus pergi ke kedai emas. Kedai emas, anda faham? Seperti itulah pengetahuan yang anda harus miliki.