MS/Prabhupada 0167 - Tidak Ada Sebarang Kekurangan Dalam Hukum Tuhan
Lecture on SB 6.1.8-13 -- New York, July 24, 1971
Undang-undang yang telah digubal oleh manusia, mereka mempertimbangkan tentang manusia yang telah dibunuh. Satu lagi perkara, pembunuh, harus dihukum dibunuh. Mengapa tidak mempertimbangkan haiwan sekali? Haiwan juga adalah satu makhluk hidup. Manusia adalah makhluk hidup juga. Jika anda ada undang-undang yang jika manusia dibunuh, maka pembunuh itu harus dihukum bunuh, mengapa tidak jika seorang manusia membunuh haiwan, maka manusia juga harus dihukum bunuh juga? Apakah sebabnya? Ini adalah undang-undang yang digubal oleh manusia, terdapat kekurangan. Namun tidak akan ada kekurangan bagi hukum yang dicipta oleh Tuhan. Hukum Tuhan, jika anda membunuh haiwan, anda seharusnya dihukum sepertimana anda membunuh seorang manusia. Itu adalah hukum Tuhan. Tidak ada sebarang alasan di mana, jika anda membunuh manusia anda akan dihukum, tetapi apabila anda membunuh haiwan anda tidak akan dihukum. Itu adalah rekaan semata-mata. Itu bukan undang-undang yang sempurna. Undang-undang yang sempurna. Tuhan Jesus Christ telah berikan Kesepuluh Firman: “Kau tidak boleh membunuh.” Itu adalah undang-undang yang sempurna. Bukannya yang anda mendiskriminasi bahawa “Aku tidak akan membunuh manusia, tetapi aku akan membunuh haiwan.” Terdapat cara penebusan dosa yang berlainan.
Mengikut hukum Veda, jika seekor lembu mati dicekik kerana talinya tersangkut di leher... Disebabkan lembu itu berada dalam keadaan yang tidak selamat, dan ia telah mati, dan ia ada tali dililit di lehernya, pemunya lembu itu harus menebus dosa. Ini kerana lembu itu telah mati disebabkan oleh diikat oleh tali tersebut, maka ada penebusan dosa. Sekarang jika anda membunuh lembu dan haiwan-haiwan lain dengan sukarela, jadi berapa banyak tanggungjawab yang anda harus pikul? Oleh itu, pada masa ini, ada peperangan, dan masyarakat manusia adalah tertakluk kepada pembunuhan beramai-ramai – itu adalah hukum alam. Anda tidak boleh menghentikan peperangan tetapi meneruskan membunuh haiwan-haiwan. Itu adalah mustahil. Akan terdapat banyak kecelakaan yang berlaku yang menjadi pembunuhan. Pembunuhan secara besar-besaran. Apabila Kṛṣṇa membunuh, Beliau akan membunuh sekaligus. Apabila saya bunuh – satu demi satu. Apabila Kṛṣṇa bunuh, semua pembunuh akan dikumpulkan bersama-sama dan dibunuh. Jadi terdapat penebusan dosa di śāstra. Sama seperti di Kitab, terdapat penebusan dosa, pengakuan dosa dan pembayaran denda. Tetapi selapes penebusan dosa, mengapakah orang masih berbuat dosa lagi? Itu harus difahami.