MS/Prabhupada 0168 - Budaya Untuk Menjadi Lembut Dan Rendah Hati



Room Conversation -- February 4, 1977, Calcutta

Prabhupāda: Kita boleh meminta sedekah. Di India, para sannyāsī yang sangat terpelajar, mereka juga meminta sedekah. Ini dibenarkan. Bhikṣu. Mereka suka. Tridaṇḍī-bhikṣu. Jadi meminta sedekah mengikut budaya Veda, ia bukan benda yang haram ataupun memalukan - oleh orang-orang yang dibenarkan. Brahmacārīs dan sannyāsīs, mereka dibenarkan untuk meminta sedekah. Dan mereka suka akan itu.Tridaṇḍī-bhikṣu. Bhikṣu bererti peminta sedekah.

Satsvarūpa: Tridaṇḍī-bhikṣu.

Prabhupāda: Ya. Di sini, mengikut budaya India, brahmacārī, sannyāsī dan brāhmaṇa, mereka dibenarkan untuk meminta sedekah. Ini adalah budaya Veda. Dan orang yang telah berumahtangga mereka melayan para brahmacārī, sannyāsī dan brāhmaṇa sebagai anak mereka sendiri. Ini adalah perhubungan di antara mereka.

Satsvarūpa: Tetapi bagaimanakah jika ia dilakukan di budaya yang berbeza?

Prabhupāda: Kerana itu adalah para hippie. Ini adalah budaya anda – hippie, dan pembunuh, dengan menggunakan atas nama agama. Ini adalah budaya mereka. Dan mengugurkan anak. Ini kerana tidak terdapat budaya, maka terjadilah benda seperti mengugurkan anak, membunuh dan pengeboman, menjadikan seluruh atmosfera mengerikan. Ini adalah budaya anda. Bergaduh sesama Protestan dan Katolik, dan pengeboman... Orang berasa takut. Mereka tidak boleh keluar. Ini adalah budaya anda. Dan meminta sedekah pula dipandang sebagai hal yang buruk. Untuk membiarkan orang, keseluruhan populasi, di dalam keadaan yang mengerikan, itu bukan benda yang baik, dan jika sesiapa dengan rendah hati meminta sedekah itu dianggap pula sebagai benda yang buruk. Ini budaya anda. Veda membenarkan seorang brahmacārī untuk meminta sedekah untuk belajar untuk menjadi rendah diri, bukan peminta sedekah. Walaupun mereka daripada keluarga yang berada, keluarga yang sangat berada, mereka masih mempraktikkannya. Ini bukannya meminta sedekah. Tujuan mereka meminta sedekah adalah untuk menjadi rendah hati dan lemah lembut. Dan Christ bersabda, “ Kepada sesiapa yang rendah hati dan lemah lembut, Tuhan ada bagimu.” Itu bukannya meminta sedekah. Anda tidak tahu akan erti budaya. Anda ada budaya anda sendiri, budaya syaitan, untuk membunuh anak sendiri. Bagaimana anda akan faham akan apa ertinya budaya? Apa yang saya perkatakan itu betul atau salah?

Satsvarūpa: Betul.

Prabhupāda: Ya. Huraikan dalam surat. Terdapat orang dalam budaya dalam kategori kelas yang ke-empat, kelas ke-sepuluh. Bagaimana anda boleh memahami budaya untuk menjadi rendah hati dan lembut?

Satsvarūpa: Pendakwa raya yang cuba mendakwa kita, bernama Ādi-keśava, beliau telah mendedahkan strateginya, kerana banyak peguam menyatakan yang kita ada hak asasi untuk mempraktikkan agama kita. Ini adalah kebebasan agama. Dia berkata...

Prabhupāda: Kebebasan... Ini adalah agama yang bona fide.

Satsvarūpa: Dia berkata “Tetapi ia bukan soalan keagamaan.” Dia berkata, “Apa yang kita...” Dia berkata, “Mengawal fikiran tidak berkaitan dengan keagamaan. Ia adalah soal kebebasan seorang individu. Saya tidak rasa seorang individu yang berfikiran waras akan membiarkan orang lain untuk mengawal fikirannya. Cuba berfikir sebagai satu hipnosis.”

Prabhupāda: Minda mengawal segalanya.

Satsvarūpa: Apa-apa sahaja.

Prabhupāda: Anda sedang mencuba juga. Sekarang mereka cuba mengawal fikiran, mengawal fikiran orang kita dengan paksaan. ini adalah mengawal minda dengan cara yang lain. Mereka telah menujukan fikiran mereka kepada kita, dan mereka cuba mengawal fikiran mereka dengan pengaturcaraan minda secara paksa, penculikan. Bukankah itu mengawal fikiran? Fikirannya adalah mengenai kesedaran Kṛṣṇa, dan secara paksa mereka cuba menukarkannya. Bukankah itu mengawal fikiran? ”Dan bagi mereka “Cara fikiran aku dikawal adalah baik. Cara fikiran kau dikawal adalah buruk.” Itu adalah falsafah mereka. Sesiapapun, orang bangsat, akan berkata, “Aktiviti aku adalah baik, dan aktiviti kau adalah teruk.”