MS/Prabhupada 0179 - Kita Harus Bekerja Demi Krishna
Lecture on SB 1.16.6 -- Los Angeles, January 3, 1974
Para ahli falsafah Māyāvādī, mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dengan berspekulasi, namun mereka jatuh kembali. Mengapa? Anādṛta-yuṣmad-aṅghrayaḥ : "Kerana mereka tidak boleh mendapatkan tempat perlindungan tapak kaki padma-Mu, maka mereka akan jatuh kembali." Tidak terdapat sebarang jaminan. Ini kerana seorang manusia tidak boleh hidup tanpa sebarang aktiviti, tanpa sebarang keinginan. Itu adalah benda yang mustahil. Setiap orang, haiwan, sebarang benda hidup, bahkan serangga, ia harus melakukan sesuatu. Saya mempunyai pengalaman yang praktikal. Salah seorang daripada anak lelaki saya..., ketika saya di waktu muda, budak lelaki itu sangat nakal. Ada ketika kita meletakkan budak itu di sebuah rak. Dia tidak dapat turun. Jadi dia berasa sangat tidak selesa kerana aktiviti-aktivitinya terhenti disebabkan berada di rak tersebut. Jadi anda tidak boleh menghentikan sebarang aktiviti. Itu tidak mungkin. Anda harus diberikan aktiviti yang lebih baik. Dengan itu anda akan menghentikannya. Paraṁ dṛṣṭvā nivartate. (BG 2.59).
Jadi pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa bererti anda membuat aktiviti yang lebih baik. Jadi anda akan menghentikan aktiviti-aktiviti yang lebih rendah. Jika tidak, dengan menafikan, ia tidak mungkin berlaku. Kita harus bekerja. Kita harus bekerja demi Kṛṣṇa. Kita harus pergi ke kuil Kṛṣṇa, atau kita harus menjual buku-buku Kṛṣṇa atau bertemu dengan penganut Kṛṣṇa. Itu adalah bagus. Namun anda tidak boleh berhenti bekerja. Itu tidak mungkin. Jika berbuat begitu, ia seperti perumpamaan, "Otak yang sia adalah seperti bengkel setan". Ya. Maka anda akan jatuh, "Bagaimana untuk berjumpa wanita itu? Bagaimana untuk berjumpa lelaki itu?" Jika anda berhenti bekerja, maka anda harus bekerja untuk memuaskan nafsu. Itu sahaja. Dengan cara yang serupa, anda tidak boleh menghentikan sebarang deria, namun anda harus menggunakannya. Itulah kesedaran Kṛṣṇa.