MS/Prabhupada 0180 - Hare Krishna Mantra Adalah Suatu Disinfektan



Lecture on SB 1.5.11 -- New Vrindaban, June 10, 1969

Prabhupāda: Vināpi pada-cāturyaṁ bhagavad-yaśaḥ-pradhānāṁ vacaḥ pavitram ity aha tad vāg pavitra iti. Ia adalah begitu suci. Apa sebutannya? Disinfektan. Seluruh dunia ini di-infeksi dengan pengaruh māyā, dan pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini, Hare Kṛṣṇa mantra, ialah disinfektan. Ia adalah pasti. Disinfektan. Tad-vāg-visargo janatāgha-viplavaḥ. Bhagavad-yaśaḥ-pradhānāṁ vacaḥ pavitram ity aha tad vāg iti, sa cāsau vāg-visargo vacaḥ prayogaḥ. Janānāṁ samuho janatā, tasya aghaṁ viplavati naśayati. Viplava bererti membunuh. Di atas sebab disinfektan. Sebagai contoh, kita boleh memberi, sekarang pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah suatu disinfektan, dan sesiapa yang telah menerimanya dengan serius, mereka akan menghentikan infeksi berdosa dengan serta-merta, empat prinsip ini, empat prinsip hukum, kehidupan seks yang terlarang, meminum arak, berjudi dan makan daging haiwan. Begitu disinfektan perkara-perkara ini. Empat prinsip ini akan menambahkan aktiviti-aktiviti yang berdosa. Kesemua aktiviti yang berdosa akan bertambah satu demi satu, satu demi satu. Mencuri, kemudian menipu, kemudian... Jadi banyak lagi benda akan terjadi kita mengikut empat prinsip ini. Dan jika kita menghentikan empat prinsip ini, maka kita menutup suis untuk melakukan aktiviti-aktiviti berdosa. Anda harus mengetahui perkara tersebut. Dan bagaimana kita boleh meneruskannya? Dengan kaedah disinfektan ini, dengan mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Jika tidak, ia tidak akan, secara pengetahuan teori tidak akan berlaku.

Jadi ini adalah suatu disinfektan sebenarnya. Janatāgha-viplavaḥ. Ia akan menghentikan segala aktiviti berdosa seseorang. Dan jika kita meneruskannya, iaitu "Baiklah, saya akan suatu kaedah disinfektan, dengan mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Jadi, saya boleh meneruskan melakukan kegiatan berdosa-dosa yang terlarang berdasarkan empat prinsip dan saya akan di-disinfeksi." Sama seperti gereja Kristian, mereka pergi melakukan pengakuan dosa. Itu tidak mengapa. Pengakuan dosa itu adalah disinfektan. Tetapi jika anda melakukan sekali lagi? Apa ertinya? Anda pergi ke gereja, membuat pengakuan. Itu adalah bagus sekali. Sekarang aktiviti dosa-dosa anda telah dineutralkan. Itu tidak mengapa. Namun mengapa kamu melakukan dosa sekali lagi? Apakah sebabnya? Hmm? Jawapan yang mungkin akan diberikan oleh seorang pemuda beragama Kristian jika saya bertanya, iaitu: "Anda melakukan kegiatan yang berdosa, jadi mengaku dosa di hadapan Nabi Isa di gereja, atau beliau adalah representasi, atau representasi beliau, atau Tuhan. Aktiviti-aktiviti berdosa anda akan dineutralkan, diampun. Itu tidak mengapa. Namun mengapa kamu melakukan aktiviti-aktiviti berdosa tersebut sekali lagi?" Apakah yang mungkin akan dijawab olehnya?

Nara-nārāyaṇa: Mereka akan membuat pengakuan dosa sekali lagi.

Prabhupāda: Mereka akan membuat pengakuan dosa sekali lagi. Ia bererti ia adalah seperti perniagaan. Iaitu "Saya melakukan..." Itu bukan idea yang sebenarnya. Jadi, senarai aktiviti yang berdosa yang anda telah catatkan, senarai ini, yang melarang daripada... Nāmno balād yasya hi pāpa-buddhiḥ Sesiapa yang berfikir seperti begitu, bahawa "Kerana saya mempunyai kaedah disinfektan, jadi saya akan melakukan aktiviti-aktiviti berdosa ini dan mengucapkan Hare Kṛṣṇa, dan ia akan dineutralkan," maka ini adalah dosa yang terbesar.