MS/Prabhupada 0417 - Bergembiralah Di Kehidupan Ini Serta Di Kehidupan Yang Seterusnya



Lecture & Initiation -- Seattle, October 20, 1968

Jadi terimalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini dan bergembira di kehidupan ini dan kehidupan yang seterusnya. Jika anda boleh mencintai Kṛṣṇa sepenuhnya di kehidupan ini, maka anda telah mencapai seratus peratus. Jika tidak, beberapa peratus yang anda telah laksanakan di kehidupan ini, itu akan tetap bersama anda. Ia tidak akan dilupuskan.

Ini telah terjamin di Bhagavad-gītā, iaitu, śucīnāṁ śrīmatāṁ gehe yoga bhraṣṭo sañjāyate (BG 6.41). Seorang yang tidak boleh melaksanakan proses yoga secara sepenuhnya sebanyak seratus peratus, ia akan diberi peluang di kehidupan yang seterusnya untuk dilahirkan di keluarga yang kaya, atau dilahirkan di keluarga yang murni. Dua alternatif. Samaada anda dilahirkan di keluarga yang murni atau keluarga yang kaya, sekurang-kurang kelahiran anda sebagai manusia terjamin.

Namun, jika anda tidak menerima pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa, anda tidak akan tahu apa yang akan terjadi kepada kelahiran anda yang seterusnya. Terdapat 8,400,000 spesis kehidupan yang berlainan, dan anda boleh dipindahkan ke salah satu antara mereka. Jika anda dipindahkan untuk menjadi sebatang pokok… Saya pernah lihat di San Francisco. Mereka berkata yang “Pokok ini telah berdiri selama tujuh ribu tahun.” Mereka berdiri atas kerusi untuk tujuh ribu tahun. Kadang-kadang budak-budak lelaki dikenakan denda oleh cikgu sekolah mereka, “Berdiri atas kerusi.” Maka pokok-pokok ini juga didenda, “Berdiri,” mengikut hukum alam.

Jadi ada peluang untuk menjadi sebatang pokok, peluang menjadi seekor anjing, seekor kucing, atau seekor tikus. Banyak jenis kehidupan ada di sana. Jangan melepaskan peluang hidup sebagai manusia. Sempurnakan cinta kamu terhadap Kṛṣṇa dan bergembira di kehidupan ini dan kehidupan seterusnya.