MS/Prabhupada 0419 - Upacara Inisiasi Ini Merupakan Tahap Ketiga Di Kesedaran Krishna



Lecture & Initiation -- Seattle, October 20, 1968

Jadi upacara inisiasi ini bererti tahap ketiga di kesedaran Kṛṣṇa. Sesiapa yang telah diinisiasi, mereka harus ingat mereka harus mengikut hukum dan peraturan. Sama seperti jika seorang pesakit yang ingin sembuh daripada sejenis penyakit, dia harus mengikut peraturan yang diberikan oleh doktor, dan itu akan membantunya untuk sembuh daripada penyakitnya dengan cepat.

Jadi mereka harus ikuti empat prinsip larangan ini, dan berjapa sekurang-kurangnya enam belas putaran sehari dan secara bertahap ia akan menjadi mantap di dalam keyakinan ini dan akan ada pendekatan dan rasa, dan kemudian perasaan cinta terhadap Kṛṣṇa akan wujud secara automatik...

Ia ada di hati setiap orang. Cinta terhadap Kṛṣṇa, kita tidak memaksa sesuatu yang asing. Tidak. Cinta itu ada di mana-mana, di setiap makhluk hidup. Jika tidak bagaimanakah pemuda dan pemudi Amerika ini menerima hal ini jika ia tidak ada perasaan tersebut? Jadi, perasaan cinta itu sudah ada di sana. Saya hanya sekadar membantu saja.

Sama seperti mancis: Terdapat api, cuma seseorang itu hanya perlu menggoreskannya, itu sahaja. Terdapat api. Anda tidak dapat menghasilkan api walaupun anda menggores dua batang mancis, saya bermaksud, mancis, jika tidak ada bahan kimia di hujungnya.

Maka kesedaran Kṛṣṇa ada di hati setiap orang, dan seseorang itu hanya perlu membangkitkannya dengan pergaulan, pergaulan dengan kumpulan kesedaran Kṛṣṇa. Ia bukannya susah, sesuatu yang praktikal dan bukan sesuatu yang tidak menyenangkan. Semuanya adalah indah sekali. Jadi kita meminta semua orang, yang mereka menerima anugerah yang penuh dengan belas kasihan daripada Tuhan Caitanya, iaitu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa, dan perucapan Hare Kṛṣṇa dan anda akan menjadi gembira. Ini adalah program kami.

Ribuan terima kasih.