MS/Prabhupada 0425 - Mereka Mungkin Telah Membuat Beberapa Perubahan
Room Conversation with Carol Cameron -- May 9, 1975, Perth
Gaṇeśa: Śrīla Prabhupāda, jika ilmu pengetahuan diturunkan oleh raja-raja yang suci, evaṁ paramparā-prāptam (BG 4.2), bagaimana ilmu tersebut boleh hilang?
Prabhupāda: Ia terjadi apabila ia tidak diturunkan. Ia difahami dengan cara spekulasi sahaja. Ataupun apabila ia tidak diturunkan menurut aslinya. Mereka mungkin telah membuat beberapa perubahan. Atau mereka tidak menurunkan pengetahuan itu sama sekali. Jika saya turunkan ilmu pengetahuan tersebut kepada anda, tetapi anda tidak meneruskannya, jadi ia akan hilang juga.
Sekarang, pertubuhan Kṛṣṇa sedang berlangsung kerana kehadiran saya. Sesudah pemergian saya, jika kamu tidak meneruskan hal ini, maka pertubuhan kesadaran Kṛṣṇa inipun akan menjadi hilang. Jika kamu tetap melaksanakannya sebagaimana kamu sedang melakukannya saat ini, maka pertubuhan ini akan terus berlangsung. Tetapi jika kamu berhenti melaksanakannya...