MS/Prabhupada 1059 - Setiap orang mempunyai hubungan tertentu dengan Tuhan
660219-20 - Lecture BG Introduction - New York
Bila seseorang menjadi pemuja kepada Tuhan dia mempunyai hubungan secara langsung dengan Tuhan Itu adalah topik yang sangat panjang, tetapi secara ringkas ia boleh dinyatakan bahawa seorang hamba tuhan sentiasa mempunyai hubungan dengan Personaliti Tuhan Yang Maha Esa dengan 5 cara. Seseorang boleh menjadi pemuja dalam keadaan pasif, seseorang boleh menjadi pemuja dalam keadaan aktif, seseorang boleh menjadi pemuja dalam keadaan sahabat, Seseorang boleh menjadi pemuja dalam keadaan ibu-bapa, dan seseorang boleh menjadi pemuja dalam keadaan kekasih.
Oleh itu Arjuna adalah pemuja dalam keadaan sahabat kepada Tuhan Krsna. Tuhan Krsna boleh menjadi seorang sahabat. Sudah Tentu, persahabatan ini dan konsepsi persahabatan yang kita ada dalam dunia biasa mempunyai perbezaan yang banyak. Ini adalah persahabatan yang suci yang bukan semua orang akan miliki hubungan dengan Tuhan Krsna. Setiap orang mempunyai hubungan tertentu dengan Tuhan Krsna dan hubungan tertentu ini ditimbulkan oleh kesempurnaan servis kebaktian. Di keadaan masa kini dalam kehidupan kita bukan sahaja telah melupakan Tuhan Yang Maha Esa, malahan telah melupakan hubungan kekal kita dengan Tuhan Setiap kehidupan, daripada yang banyak, banyak juta and bilion kehidupan , setiap and semua kehidupan mempunyai hubungan tertentu dengan Tuhan secara kekalnya. Ini dipanggil svarūpa. Svarūpa. Dan melalui process servis kebaktian seseorang boleh menghidupkan semula svarūpa seseorang itu. Dan peringkat itu dipanggil svarūpa-siddhi, kesempurnaan seseorang iti dalam kedudukan konstitusi. Jadi Arjuna adalah pemuja dan dia mempunyai hubungan dengan Tuhan Yang Maha Esa sebagai sahabat. Sekarang, Bhagavad-gītā ini diterangkan kepada Arjuna dan bagaimana Arjuna menerimanya?
Itu juga harus difahami. Bagaimana Arjuna menerima Bhagavad-gītā disebut dalam Bab 10. Seperti mana:
- arjuna uvāca
- paraṁ brahma paraṁ dhāma
- pavitraṁ paramaṁ bhavān
- puruṣaṁ śāśvataṁ divyam
- ādi-devam ajaṁ vibhum
- āhus tvām ṛṣayaḥ sarve
- devarṣir nāradas tathā
- asito devalo vyāsaḥ
- svayaṁ caiva bravīṣi me
- (BG 10.12-13)
- sarvam etad ṛtaṁ manye
- yan māṁ vadasi keśava
- na hi te bhagavan vyaktiṁ
- vidur devā na dānavāḥ.
- (BG 10.14)
Sekarang, Arjuna berkata bahawa selepas mendengar Bhagavad-gītā daripada Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, dia menerima Kṛṣṇa sebagai paraṁ brahma, Yang Maha Esa Tertinggi Brahman. Brahman. Setiap orang adalah Brahman, tetapi kehidupan tertinggi atau Personaliti Tuhan Yang Maha Esa adalah Brahman Tertinggi atau kehidupan tertinggi. dan paraṁ dhāma. Paraṁ dhāma bermaksud Dia adalah tertinggi di antara segala-galanya. dan pavitram. Pavitram bermaksud Dia adalah tulen daripada kontaminasi material dan Dia dialamatkan sebagai puruṣam. Puruṣam bermaksud penikmati tertinggi. śāśvatam, śāśvata bermaksud dari amat permulaan, Dia adalah orang pertama; divyam, rohani; devam, Personalitas Tuhan Yang maha Esa; ajam, tidak pernah dilahirkan; vibhum, yang terbagus.
Sekarang, seseorang akan mempunyai keraguan, kerana Kṛṣṇa adalah sahabat Arjuna, maka dia mungkin memberitahu ini semua kepada sahabatnya sendiri Tetapi Arjuna, hanya untuk menghapuskan segala keraguan dalam pemikiran pembaca Bhagavad-gītā, dia mentetapkan pandangan dia oleh pihak-pihak tertentu.© Dia berkata bahawa Tuhan Śrī Kṛṣṇa adalah diterima sebagai Personaliti Tuhan Yang maha Esa bukan sahaja oleh dirinya sendiri, Arjuna, tetapi Dia juga diterima oleh pihak seperti Nārada, Asita, Devala, Vyāsa. Personaliti ini adalah personaliti yang terbaik dalam pengedaran pengetahuan Vedic. Mereka (adalah) diterima oleh semua ācāryas. Maka Arjuna berkata bahawa "Apa jua Yang Kamu bersabda setakat ini kepada saya, Saya terimanya sebagai kesempurnaan sama sekali."