MS/Prabhupada 1058 - Yang bersabda di dalam Bhagavad-gita adalah Sri Krishna
660219-20 - Lecture BG Introduction - New York
Yang bersabda di dalam Bhagavad-gita adalah Sri Krishna. Beliau disebut di setiap muka surat di Bhagavad-gītā, sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, Bhagavān. Sudah tentu, "bhagavān" kadang-kadang yang ditetapkan kepada mana-mana orang yang berkuasa atau mana-mana setengah dewa yang berkuasa, tetapi di sini bhagavān pastinya ditetapkan kepada Sri Krsna, personaliti yang hebat, tetapi pada masa yang sama kita mesti mengetahui bahawa Tuhan Śrī Kṛṣṇa, sebagaimana yang disahkan oleh semua ācāryas... Saya bermaksud to berkata Śaṅkarācārya, Rāmānujācārya, Madhvācārya, Nimbārka Svāmī dan Śrī Caitanya Mahāprabhu dan banyak orang lagi. Di India terdapat banyak ulama berwibawa dan ācāryas, Maksud saya, berwibawa dalam pengetahuan Vedik. Mereka semua, termasuk Śaṅkarācārya telah menerima Śrī Kṛṣṇa sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan sendiri juga telah mengiktiraf dirinya sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa di dalam Bhagavad-gītā. Dia diterima sewajarnya didalam Brahmā-saṁhitā dan semua Purāṇas, terutamanya di dalam Bhāgavata Purāṇa: kṛṣṇas tu bhagavān svayam (SB 1.3.28). Oleh itu, kita perlu mengambil Bhagavad-gītā menurut aslinya sepertimana yang diarahkan oleh Personaliti Tuhan Yang Maha Esa.
Jadi di dalam Bab keempat Bhagavad-gītā Tuhan menyatakan:
- imaṁ vivasvate yogaṁ
- proktavān aham avyayam
- vivasvān manave prāha
- manur ikṣvākave 'bravīt
- (BG 4.1)
- evaṁ paramparā-prāptam
- imaṁ rājarṣayo viduḥ
- sa kāleneha mahatā
- yogo naṣṭaḥ parantapa
- (BG 4.2)
- sa evāyaṁ mayā te 'dya
- yogaḥ proktaḥ purātanaḥ
- bhakto 'si me sakhā ceti
- rahasyaṁ hy etad uttamam
- (BG 4.3)
Ideanya ialah... Tuhan berkata kepada Arjuna bahawa "Yoga ini, sistem Yoga ini, Bhagavad-gītā, adalah pertama diberitahu oleh Saya Kepada Tuhan Matahari. dan Tuhan Matahari menerangkannya kepada Manu. Manu menerangkannya kepada Ikṣvāku, dan dalam cara ini, melalui penggantian disciplic, satu selepas satu, sistem yoga ini akan datang, dan dalam masa yang berlalu sistem ini telah hilang sekarang. Oleh itu, saya bercakap kepada kamu mengenai sistem yoga yang sama sekali lagi, sistem yoga lama yang sama seperti Bhagavad-gītā, atau Gītopaniṣad. kerana kamu merupakan penganut saya dan kamu adalah sahabat saya, oleh itu ia adalah mungkin untuk kamu memahami sahaja."
Sekarang penjelasannya ialah Bhagavad-gītā merupakan karangan terutamanya khas kepada penganut Tuhan. Terdapat 3 jenis kelas rohaniwan iaitu jñānī, yogī dan bhakta. ataupun orang yang tidak menngakui rupa Tuhan, atau orang yang bermeditasi atau penganut. Maka disini penjelasan diberi. Tuhan berkata kepada Arjuna bahawa :Saya sedang bercakap atau Saya sedang menjadikan kamu orang pertama paramparā. kerana paramparā lama atau penggantian disiplik sudah dipatahkan, oleh itu I ingin menubuhkan sekali lagi paramparā itu didalam garisan pemikiran yang sama sepertimana ia datang dari Tuhan Matahari kepada yang lain. Jadi kamu, kamu mengambilnya dan mengedarkannya. Atau sistem ini, sistem yoga dari Bhagavad-gītā sekarang boleh diedarkan melalui kamu. Kamu telah menjadi pihak yang memahami Bhagavad-gītā." Sekarang disini ada tunjuk ajar Bhagavad-gītā yang terutamanya diarahkan kepada Arjuna, penganut Tuhan , pelajar terus Kṛṣṇa. dan bukan itu sahaja, dia adalah sangat rapat dengan Kṛṣṇa.sebagai kawan. Oleh itu Bhagavad-gītā adalah difahami oleh orang yang mempunyai kualiti yang sama seperti Kṛṣṇa. Itu bermakna dia mesti menjadi penganut, dia mesti mempunyai hubungan, hubungan terus dengan Tuhan.