MS/Prabhupada 1062 - Keecenderungan Kita untuk Menguasai Alam Material



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Jadi kita, kita salah tafsir. Apabila kita melihat hal-hal ajaib terjadi di alam semesta, kita seharusnya mengetahui bahawa dibelakang manifestasi yang ajaib ini ada kepribadian yang menguasainya. Tiada apa yang boleh wujud tanpa pengendalian. Ianya akan sikap keanak-anakkan jika kita tidak memperdulikan kepribadian yang mengendalikannya. Misalnya jika sebuah kereta dengan kelajuan yang bagus dan dengan susunan kejuruteraan yang sangat baik, sedang begerak di jalanan. Seorang anak mungkin berfikir bahawa "Bagaimana kereta ini bergerak, tanpa bantuan dari kuda atau apa jua alat penarik? Tetapi seorang manusia yang waras atau yang berusia, beliau mengerti bahawa di sebalik susunan kejuruteraan dalam kereta, tanpa pemandu ianya tidak boleh bergerak. Bahawa perkiraan kejuruteraan kereta, atau jana kuasa elektrik ... Zaman kini ianya dikatakan zaman kejenteraan, tetapi kita perlu sentiasa tahu bahawa di sebalik jentera, disebalik kejenteraan ini, terdapat seorang pengemudi. Oleh itu Tuhan Yang Maha Esa adalah pengemudi, adhyakṣa Beliau adalah Kepribadian di mana segala sesuatu bekerja dibawah perintah Beliau. Kini para makhluk hidup, mereka telah diterima oleh Tuhan di dalam Bhagavad-gītā, sebagaimana yang akan kita perhatikan di dalam bab-bab yang berikut, bahawa mereka adalah sebahagian daripada Tuhan Yang Maha Esa. Mamaivāṁśo jīva-bhūtaḥ (BG 15.7). Aṁśa bererti sebahagian Sebagaimana sebutir emas juga emas, setitik air dari lautan juga masin maka, kita, para makhluk hidup, oleh kerana kita adalah sebahagian daripada Tuhan Yang Maha Kuasa, īśvara, Bhagavān, or Lord Śrī Kṛṣṇa, maka kita mempunyai sifat-sifat yang mirip dengan Tuhan Yang Maha Esa tetapi dalam jumlah yang kecil. Oleh kerana kita adalah īśvara yang kecil, īśvara yang ditakhluki. Kita juga berusaha untuk menguasai. Kita sedang berusaha menguasai alam. Seperti di masa kini kamu berusaha menguasai angkasa lepas. Kamu cuba mengapungkan planet-planet tiruan. Maka kecenderungan untuk mengendali atau mencipta wujud kerana kita memilki sebahagian dari kecenderungan untuk mengendali. Tetapi kita seharusnya mengetahui bahawa kecenderungan ini tidak mencukupi. Kita memliki kecenderungan untuk mengendali alam, menguasai alam tetapi kita bukan Yang Maha Kuasa. Perkara ini dijelaskan dalam Bhagavad-gītā. Apa erti alam material? Hal alam juga dijelaskan. Alam, alam material, dijelaskan dalam Bhagavad-gītā sebagai rendah, alam yang rendah. Alam yang rendah, dan mahluk hidup dijelaskan sebagai alam atau prakṛti yang utama. Prakṛti bererti yang dikuasai, dibawah... Prakṛti, maksudnya yang sebenar ialah wanita atau perempuan. Sama seperti seorang suami mengawal kegiatan isterinya, maka, prakṛti adalah bawahan, dikuasai. Tuhan, Kerpribadian Yang Maha Esa, ialah Yang Maha Kuasa. dan kedua-dua prakṛti, iaitu mahluk hidup dan alam, mereka adalah prakṛti yang berlainan, atau yang dikuasa oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Menurut Bhagavad-gītā, para mahluk hidup, walaupun mereka adalah sebahagian daripada Tuhan Yang Maha Esa, mereka harus dianggap sebagai prakṛti. Hal ini disebut dengan jelas dalam Bab Tujuh Bhagavad-gītā, apareyam itas tu viddhi aparā (BG 7.5). Alam material adalah aparā iyam. Itas tu, dan di luar alam material ini ada pula prakṛti yang lain. Dan apakah prakṛti itu? Jīva-bhūta, makhluk hidup...

Prakṛti ini, terdiri dari tiga sifat: iaitu sifat kebaikan, sifat nafsu, dan sifat kejahilan. Di ata ketiga-tiga sifat ini, tiga sifat yang berlainan, kebaikan, nafsu, dan kejahilan, adalah waktu yang kekal. Wujudnya waktu yang kekal. Hasil dari gabungan ketiga-tiga sifat alam itu dan di bawah pengendalian, di bawah pengawasan waktu yang kekal, maka ada kegiatan. Kegiatan-kegiatan ini disebut karma. Kegiatan-kegiatan ini dilakukan sejak masa lampau. dan kita menderita atau menikmati hasil dari kegiatan yang kita lakukan.