MS/Prabhupada 1063 - Memberi kita kebebasan dari kegiatan dan reaksi-reaksi kegiatan tersebut



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Sama seperti kehidupan ketika ini, kita menikmati kegiatan yang kita lakukan, menikmati hasil kegiatan kita. Katakan saya seorang ahli perniagaan dan saya telah bekerja keras dengan menggunakan kecerdasan dan saya telah mengumpul wang yang banyak dalam akaun bank. Kini saya akan menikmatinya. Begitu juga,, katakan saya telah memulakan perniagaan dengan menggunakan wang yang banyak, tetapi saya telah gagal untuk mencapai kejayaan. Saya kehilangan segala wang. Maka saya yang akan menderita. Jadi begitu juga, di dalam setiap bidang kehidupan yang kita nikmati, kita menikmati hasil pekerjaan kita. Ini dikatakan karma.

Jadi perkara-perkara ini, īśvara, jīva, prakṛti, atau Tuhan Yang Maha Esa, atau makhluk hidup, alam material, waktu yang kekal, dan kegiatan (aktiviti-aktiviti) kita yang berlainan, kesemua ini dijelaskan di dalam Bhagavad-gītā. Kini daripada lima, Tuhan Yang Maha Esa, para makhluk hidup, dan alam material dan waktu, keempat-empat perkara ini adalah kekal. Kini manifestasi, manifestasi alam ini mungkin sementara, tetapi ianya bukan palsu. Beberapa ahli falsafah mengatakan manifestasi alam material ini adalah palsu, tetapi menurut falsafah Bhagavad-gītā atau menurut falsafah para Vaisnavas, mereka tidak menerima manifestasi dunia ini sebagai palsu. Mereka menerima manifestasi alam ini sebagai benar-benar nyata, tetapi ianya bersifat sementara Ianya sama seperti kewujudan awan di langit dan permulaan musim hujan dan selesainya musim hujan, kita akan melihat banyak tumbuh- tumbuhan hijau yang baharu meliputi seluruh bendang. Dan sebaik sahaja musim hujan selesai, awan juga akan hilang. Secara beransur-ansur, segala tumbuh-tumbuhan hijau ini akan kekeringan dan sekali lagi tanah akan menjadi tandus.. Begitu juga dengan manifestasi alam ini, ianya terjadi dalam jangka masa tertentu. Kita akan memahami perkara ini, kita akan mengetahuinya, dari muka surat Bhagavad-gītā. Bhūtvā bhūtvā pralīyate (BG 8.19). Manifestasi ini menjadi indah dan mengagumkan pada jangka waktu tertentu dan kemudiannya ianya akan lenyap. Demikianlah pekerjaan prakṛti. Tetapi peredaran ini berjalan untuk selamanya, kerana ini prakṛti adalah kekal. Ianya bukan palsu. Sebab Tuhan Yang Maha Esa telah menerimanya, mama prakṛti, " prakṛti- Ku." Apareyam itas tu viddhi me prakṛtiṁ parām (BG 7.5). Bhinnā prakṛti, bhinnā prakṛti, aparā prakṛti. Alam ini adalah tenaga yang terpisah daripada Tuhan Yang Maha Esa, dan makhluk hidup, mereka juga adalah tenaga Tuhan Yang Maha Esa, tetapi mereka tidak terpisah. Mereka selama-lamanya berkaitan. Maka Tuhan Yang Maha Esa, para makhluk hidup, alam material, dan waktu, kesemuanya adalah kekal. Akan tetapi perkara yang satu lagi, iaitu karma, ianya tidak kekal. Kesan dari karma atau perbuatan, ianya mungkin dari jangka masa yang lampau. Kita menderita atau menikmati hasil perbuatan kita sejak dari masa lampau, tetapi kita masih boleh mengubah hasil karma, atau perbuatan kita. Ianya bergantung kepada kesempurnaan pengetahuan kita. Sesungguhnya, kita sibuk dalam pelbagai kegiatan, tetapi kita tidak tahu jenis kegiatan yang seharusnya kita lakukan supaya kita dibebaskan dari kegiatan and segala reaksi kegiatan tersebut. Yang ini juga dijelaskan dalam Bhagavad-gītā.

Sekarang, kedudukan īśvara, Tuhan Yang Maha Esa, adalah kesedaran tertinggi. Kedudukan īśvara, atau Tuhan Yang Maha Esa, adalah kesedaran tertinggi. Dan jīvas, atau para makhluk hidup, kerana meraka adalah sebahagian daripada Tuhan Yang Maha Esa, maka mereka juga memiliki kesedaran. Si makhluk hidup juga sedar. Para makhluk hidup dijelaskan sebagai prakṛti, tenaga, dan alam material ini juga dijelaskan sebagai prakṛti, tetapi diantara kedua-dua ini, satu prakṛti iaitu jīvas atau makhluk hidup, mereka mempunyai kesedaran. Prakṛti yang lain tidak ada kesedaran. Itulah perbezaanya. Oleh itu, jīva prakṛti dipanggil unggul kerana jīvas mempunyai kesedaran yang mirip dengan Tuhan. Tuhan memiliki kesedaran tertinggi. Kita tidak seharusnya mendakwa bahawa jīva, makhluk hidup juga memiliki kesedaran yang tertinggi. Sama sekali tidak. Si Makhluk hidup tidak akan mempunyai kesedaran tertinggi pada apa-apa jua peringkat kesempurnaannya. Ini adalah teori yang mengelirukan. Ini adalah teori yang mengelirukan. Tetapi dia ada kesedaran. Itu sahaja. Tetapi dia tidak akan memilki kesedaran tertinggi.