MS/Prabhupada 1068 - Terdapat Tiga Jenis Kegiatan mengikut Sifat-Sifat Alam yang Berbeza



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York


Tuhan Yang Maha Sempurna tiada peluang bagi Beliau untuk tertakluk kepada undang-undang alam material. Oleh itu, seseorang harus mempunyai kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa selain daripada Tuhan, tiada sesiapa pun mempunyai hak milik atas sesuatu dalam alam semesta. Yang ini dijelaskan dalam Bhagavad-gītā:

ahaṁ sarvasya prabhavo
mattaḥ sarvaṁ pravartate
iti matvā bhajante māṁ
budhā bhāva-samanvitāḥ
(BG 10.8)


Tuhan adalah pencipta asal. Beliau adalah pencipta Brahmā (mahluk hidup yang pertama), Beliau adalah pencipta... Yang itu juga dijelaskan. Beliau adalah pencipta Brahmā. Dalam Bab ke-11 Tuhan disebutkan sebagai prapitāmaha (BG 11.39) kerana Brahma disebutkan sebagai pitāmaha, yang bererti datuk, tetapi Beliau adalah pencipta datuk juga. Maka tiada seseorang pun boleh menuntuk hak milik ke atas sesuatu, tetapi dia harus menerima sahaja apa yang telah disediakan oleh Tuhan sebagai kouta untuk memelihara dirinya. Kini, terdapat banyak contoh bagaimana sebaiknya kita menggunakan peruntukan daripada Tuhan. Yang itu juga dijelaskan dalam Bhagavad-gītā. Pada permulaan, Arjuna mengambil keputusan tidak mahu berperang. Itu adalah renungannya sendiri. Arjuna memberitahu kepada Tuhan bahawa tidak mungkin baginya untuk menikmati kerajaan setelah membunuh sanak saudaranya sendiri. Dan sudut pandangan itu berpunca dari tanggapan beliau berdasarkan badan adalah dirinya. Oleh kerana beliau berfikir bahawa badan adalah dirinya, dan saudara-mara berkaitan dengan badan iaitu saudara-saudaranya, anak saudara, bapa mertua atau datuknya, mereka adalah perkembangan dari badannya, dan beliau berfikir cara begitu untuk memuaskan permintaan jasmaninya. Dan seluruh perkara ini disabdakan oleh Tuhan hanya untuk mengubah pandangan. Dan beliau bersetuju untuk bekerja di bawah perintah Tuhan. Dan beliau berkata, kariṣye vacanaṁ tava (BG 18.73).

Maka di dunia ini manusia tidak dimaksudkan untuk bertengkar seperti kucing dan anjing. Mereka harus cerdas untuk menginsafi kepentingan kehidupan sebagai manusia. dan menolak bertindak seperti haiwan biasa. Manusia seharusnya menginsafi tujuan hidupnya. Segala petunjuk ini diberikan dalam kesusasteraan Veda, dan intipatinya diberikan dalam Bhagavad-gītā. Kesusasteraan Veda dimaksudkan untuk manusia dan bukan untuk kucing and anjing. Kucing dan anjing boleh membunuh haiwan untuk pemakanannya, dan tiada soal dosa pada pihaknya. Tetapi jikalau seseorang manusia membunuh binatang untuk kepuasan nafsu lidahnya yang tidak terkawal, dia harus bertanggungjawab kerana melanggar hukum hukum alam. Dan dalam Bhagavad-gita dihuraikan dengan jelas bahawa terdapat tiga jenis kegiatan menurut kelainan sifat-sifat alam iaitu kegiatan kebaikan, kegiatan nafsu, kegiatan kejahilan. Begitu juga, terdapat tiga jenis makanan: makanan dalam kebaikan, makanan dalam nafsu, makanan dalam kejahilan Segalanya dihuraikan dengan jelas, dan jika kita menggunakan ajaran Bhagavad-gītā, maka keseluruhan hidup kita akan disucikan dan akhirnya kita dapat mencapai destinasinya. Yad gatvā na nivartante tad dhāma paramaṁ mama (BG 15.6).

Maklumat ini diberikan di dalam Bhagavad-gītā, Bhagavad-gītā, bahawa di luar angkasa dunia ini, terdapat angkasa rohani; yang disebut angkasa yang kekal (sanatana) Di angkasa ini, angkasa yang ditutupi, kita dapati segala sesuatu bersifat sementara. Ianya wujud, tahan untuk seketika, berkembang biak, dan kemudiannya ia mengalami kemerosotan, dan seterusnya lenyap. Demikianlah hukum-hukum dunia material. Anda mengambil kira badan ini, anda mengambil buah atau apa sahaja yang dicipta di sini, ianya pasti ada kelenyapan pada akhirnya. Maka di luar dunia bersifat sementara ini terdapat dunia yang lain di mana maklumatnya boleh didapati di sana, bahawa paras tasmāt tu bhāvaḥ anyaḥ BG 8.20). Terdapat satu lagi sifat yang kekal abadi, sanātana, yang kekal abadi. Dan jīva, jīva juga disebut sanātana (kekal). Mamaivāṁśo Jiva-bhūtaḥ Jiva-loke sanātanaḥ (BG 15.7). Sanatana, Sanatana bermakna kekal. Dan Tuhan juga diterangkan sebagai sanātana dalam Bab ke-11. Oleh kerana kita mempunyai hubungan intim dengan Tuhan, dan kita memiliki persamaan sifat... Sanātana-dhama atau angkasa yang kekal, dan Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa yang sanatana, dan para mahluk hidup sanatana, mereka semua mempunyai persamaan sifat. Oleh itu seluruh Bhagavad-gītā adalah bertujuan untuk menghidupkan semula kewajipan sanātana (kekal) kita atau sanātana, yang disebut sanātana-dharma, atau kewajipan kekal para mahluk hidup. Untuk sementara waktu kita sibuk dalam pelbagai kegiatan yang berbeza dan kesemua kegiatan ini dapat disucikan apabila kita meninggalkan kegiatan sementara ini, sarva-dharmān parityajya (BG 18.66), dan apabila kita melakukan kegiatan yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa, itulah disebut kehidupan yang suci.