MS/Prabhupada 1067 - Kita seharusnya menerima Bhagavad-gita tanpa tafsiran, tanpa guntingan
660219-20 - Lecture BG Introduction - New York
Terdapat kemudahan yang lengkap untuk unit-unit lengkap yang kecil, yakni, para mahluk hidup, untuk menginsafi yang lengkap. Dan segala hal yang kurang lengkap dialami disebabkan pengetahuan yang kurang lengkap tentang yang lengkap. Oleh itu Bhagavad-gītā adalah pengetahuan yang lengkap tentang hikmat Veda.
Keseluruhan pengetahuan Veda adalah maksum. Terdapat pelbagai contoh bagaimana kita boleh mengambil pengetahuan Veda sebagai maksum. Sebagai contoh, setakat kepercayaan penganut ajaran Hindu dan bagaimana mereka menerima pengetahuan Veda sebagai lengkap, berikut adalah contoh yang kecil. Sama seperti najis lembu. Najis lembu adalah najis haiwan. Menurut smṛti atau hikmat Veda, jika seseorang menyentuh najis haiwan dia perlu mandi untuk membersihkan dirinya. Tetapi dalam kitab-kitab Veda najis lembu dinyatakan sebagai suci. Sebaliknya, tempat yang tidak suci atau barangan yang tidak suci dapat disucikan dengan sentuhan najis lembu. Kini jika seseorang berhujah bagaimana di suatu tempat ianya dinyatakan bahawa najis haiwan tidak suci, dan tempat yang lain menyatakan bahawa najis lembu yang juga merupakan najis haiwan, ia adalah suci, oleh itu ia bercanggah. Tetapi sebenarnya, ia mungkin kelihatan bercanggah, tetapi kerana ia adalah ajaran Veda, oleh itu kita akui kenyataan ini. Dan dengan mengakuinya kita tidak melakukan kesalahan. Terdapat penemuan oleh ahli kimia moden, ilmu pengetahuan moden, Dr. Lal Mohan Gosal, beliau dengan sangat telitinya menganalisa najisi lembu dan dia mendapati bahawa najis lembu mengandungi kesemua ciri-ciri antiseptik. Begitu juga, beliau juga telah menganalisa air dari Ganges yang timbul dari sifat ingin tahunya. Maka idea saya adalah bahawa pengetahuan Veda lengkap sebab ia mengatasi segala keraguan dan kesalahan. Jadi, dan Bhagavad-gītā adalah intipati segala pengetahuan Veda. Oleh itu pengetahuan Veda adalah maksum. Ia datang ke bawah melalui garis perguruan yang sempurna.
Oleh itu pengetahuan Veda bukanlah satu perkara untuk diselidiki. Penyelidikan kita adalah tidak sempurna kerana kita mencari segala-galanya dengan deria yang kurang sempurna. Maka, hasil penyelidikan kita juga kurang sempurna. Ia tidak boleh menjadi sempurna. Kita harus menerima pengetahuan yang sempurna. Pengetahuan yang sempurna ini menurun seperti yang dinyatakan dalam Bhagavad-gītā, seperti yang kita mulakan, evaṁ paramparā-prāptam imaṁ rājarṣayo viduḥ (BG 4.2). Kita harus menerima pengetahuan dari sumber yang betul, dalam garis perguruan yang bermula daripada Tuhan Sendiri. Oleh itu Bhagavad-gītā disabda oleh Tuhan Sendiri. Dan Arjuna, saya ingin katakan, adalah pelajar yang mengambil pengajarani Bhagavad-gītā, beliau menerima segala yang diucapkan, tanpa apa-apa guntingan, Itu juga tidak dibenarkan, bahawa kita menerima satu bahagian Bhagavad-gītā tetapi menolak bahagian yang lain. Itu juga tidak dibenarkan. Kita harus menerima Bhagavad-gītā tanpa penafsiran, tanpa apa-apa guntingan, dan tanpa campur tangan dalam hal apapun yang sesuai dengan selera kita. kerana ia perlu diakui sebagai penyampaian pengetahuan Veda yang paling sempurna. Pengetahuan Veda ini diterima dari sumber rohani kerana sabda pertama adalah sabda daripada Tuhan Sendiri. Sabda Tuhan disebut apauruṣeya, atau tidak disampaikan oleh mana-mana orang duniawi, yang mempunyai empat kekurangan. Mahluk hidup di dunia biasa mempunyai empat kekurangan dalam hidupnya, dan mereka adalah 1) beliau pasti melakukan kesalahan, 2) beliau ada kalanya berkhayal, dan 3) beliau cenderung menipu rang lain, dan 4) dia dikurniakan dengan deria yang kurang sempurna. Dengan segala empat prinsip kekurangan, seseorang tidak boleh menyampaikan maklumat yang berbentuk sempurna tentang pengetahuan yang berada di mana-mana. Veda bukannya sebegitu. Pengetahuan Veda diwahyukan kepada Brahma, mahluk hidup pertama yang diciptakan. Dan Brahmā kemudiannya menyebarkan pengetahuan ini kepada anak-anak dan murid-muridnya sebagai mana beliau menerima daripada Tuhan.