MS/Prabhupada 1080 - Diringkaskan dalam Bhagavad-gita - Tuhan adalah satu iaitu Krishna. Krishna bukan Tuhan yang bermazhab

Revision as of 12:49, 20 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Tuhan berfirman dengan gemanya dalam bahagian terakhir Bhagavad-gītā, ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mokṣayiṣyāmi mā śucaḥ (BG 18.66). Tuhan bertanggungjawab. Seorang yang menyerah diri kepada Tuhan, Beliau bertangggungjawab untuk melindunginya. Untuk melindunginya dari segala reaksi dosanya.

mala-nirmocanaṁ puṁsāṁ
jala-snānaṁ dine dine
sakṛd gītāmṛta-snānam
saṁsāra-mala-nāśanam
(Gītā-māhātmya 3)

Seseorang dapat membersihkan dirinya setiap hari dengan cara mandi di dalam air, tetapi kalau seseorang mandi sekali sahaja dalam air suci Ganga Bhagavad-gītā, hal hal kotor dari kehidupan materialnya akan dimusnahkan sama sekali.

gītā su-gītā kartavyā
kim anyaiḥ śāstra-vistaraiḥ
yā svayaṁ padmanābhasya
mukha-padmād viniḥsṛtā
(Gītā-māhātmya 4)

Oleh kerana Bhagavad-gītā disabda oleh Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa, manusia hendaklah... Orang ramai kemungkinan tidak dapat membaca kesemua kesusasteraan Veda yang lain. Semata-mata jika dia dengan penuh perhatian dan kekerapan membaca dan mendengar Bhagavad-gītā, Gita su-gita Kartavya ... Dan seseorang harus mengamalkan cara ini dengan sepenuhnya. Gītā su-gītā kartavyā kim anyaiḥ śāstra-vistaraiḥ. Kerana pada zaman sekarang orang serba salah dalam banyak perkara, ianya tidak mungkin untuk mengalih perhatiannya kepada segala kesusasteraan Veda. Buku yang satu ini sudah memadai kerana ia adalah intipati segala kesusasteraan Veda, dan terutamanya ia disabda oleh Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa.

bhāratāmṛta-sarvasvaṁ
viṣṇu-vaktrād viniḥsṛtam
gītā-gaṅgodakaṁ pītvā
punar janma na vidyate
(Gītā-māhātmya 5)

Seperti yang dikatakan orang yang minum air di Sungai Ganga, beliau juga mencapai kebebasan, apalagi dengan Bhagavad-gītā? Bhagavad-gita adalah intisari seluruh Mahabharata, dan disabda oleh Vişņu. Kṛṣṇa adalah Viṣṇu yang asli. Viṣṇu-vaktrād viniḥsṛtam. Ia keluar dari bibir Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa. Dan gaṅgodakaṁ, Ganga dikatakan berpunca dari kaki padma Tuhan, dan Bhagavad-gītā berasal dari bibir Tuhan. Sudah tentu, tiada perbezaan antara bibir dan kaki Tuhan Yang Maha Esa. Namun, dari kedudukan tanpa berat sebelah kita mempelajari bahawa Bhagavad-gītā adalah lebih berharga dari air Ganga.

sarvopaniṣado gāvo
dogdhā gopāla-nandana
pārtho vatsaḥ su-dhīr bhoktā
dugdhaṁ gītāmṛtaṁ mahat
(Gītā-māhātmya 6)

Hanya ... Gītopaniṣad ini adalah sama seperti lembu, dan Tuhan terkenal sebagai seorang pengembala lembu, dan Beliau telah memerah susu lembu ini. Sarvopaniṣado. Dan ia adalah intipati segala Upanishad dan digambarkan sebagai lembu. Dan Tuhan yang pakar mengembala lembu, Beliau memerah susu lembu. Dan pārtho vatsaḥ. Dan Arjuna adalah sama seperti anak lembu. Dan su-dhīr bhoktā. Dan para ulama dan penyembah yang murni, mereka mengambil susu ini. Su-dhīr bhoktā dugdhaṁ gītāmṛtaṁ mahat. Intisari, susu Bhagavad-gītā, adalah untuk penganut yang berilmu.

ekaṁ śāstraṁ devakī-putra-gītam
eko devo devakī-putra ev
eko mantras tasya nāmāni yāni
karmāpy ekaṁ tasya devasya sevā
(Gītā-māhātmya 7)

Kini dunia harus mempelajari dari Bhagavad-gītā, pengajiannya. Ekaṁ śāstraṁ devakī-putra-gītam. Hanya ada satu kitab sahaja, satu kitab yang sama untuk seluruh dunia, untuk rakyat jelata seluruh dunia, dan itu adalah Bhagavad-gītā ini. Devo devakī-putra eva. Dan hanya ada satu Tuhan untuk seluruh dunia, yakni Sri Kṛṣṇa. Dan eko mantras tasya nāmāni. Dan satu pujian, mantera, satu pujian sahaja, satu doa, atau satu tasbih, iaitu memuji-muji nama-Nya, Hare Kṛṣṇa Hare Kṛṣṇa Kṛṣṇa Kṛṣṇa Hare Hare, Hare Rāma Hare Rāma Rāma Rāma Hare Hare. Eko mantras tasya nāmāni yāni karmāpy ekaṁ tasya devasya sevā. Dan hanya ada satu kewajipan sahaja iaitu pengabdian Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa. Jika seseorang belajar dari Bhagavad-gītā, maka rakyat akan ingin sekali untuk mempunyai satu agama, satu Tuhan, satu kitab, dan satu kesibukan atau aktiviti kehidupan. Ini diringkaskan dalam Bhagavad-gītā. Bahawa satu, satu Tuhan, adalah Kṛṣṇa. Kṛṣṇa bukan Tuhan yang bermazhab. Kṛṣṇa, dari nama Kṛṣṇa ... Kṛṣṇa bererti, seperti yang kita telah diterangkan di atas, Kṛṣṇa bermakna keseronokan yang paling besar.